Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Lelaki Indonesia Kongsi Pengalaman Solat Subuh
Kredit: @ceritariki
Hampir Menitis Air Mata, Lelaki Indonesia Kongsi Pengalaman Solat Subuh Di Malaysia

Athirah

Hampir Menitis Air Mata, Lelaki Indonesia Kongsi Pengalaman Solat Subuh Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan tahap keamanan dan keharmonian yang tinggi, di mana kepelbagaian budaya, agama dan etnik warganya hidup secara aman dan saling menghormati antara satu sama lain.

Selain itu, kehidupan rakyatnya yang sopan, ramah dan mudah mesra antara satu sama lain menjadikan Malaysia sebuah destinasi yang menyenangkan untuk dikunjungi.

Keharmonian ini menjadi asas penting dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera serta memperkukuh imej Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan bersatu padu.

Dengan suasana yang aman dan harmoni ini, Malaysia bukan sahaja menjadi tempat tinggal yang selesa bagi rakyatnya, malah turut menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia.

Lelaki kongsi pengalaman ketika di masjid

Seorang lelaki warga Indonesia berasa sebak selepas menerima sarapan pagi ketika menunaikan solat subuh di sebuah masjid, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ceritariki di TikTok, lelaki itu dilihat hampir menangis ketika menceritakan pengalamannya menunaikan solat Subuh dan tersentuh hati apabila diberikan nasi lemak sebagai sarapan.

"Solat subuh di Malaysia pulangnya dapat sarapan pagi. Terharu sangat sebab ini makanan kesukaan saya, nasi lemak,” katanya sambil menahan sebak di dalam video.

Lebih menarik lagi, bukan sahaja dia gembira dengan sarapan yang diterima, tetapi momen itu juga seakan menguatkan rasa keakraban dan semangat persaudaraan antara komuniti masjid dan pengunjung.

Dalam pada itu, sesuatu yang kecil seperti menyediakan sarapan pagi mampu memberi impak emosi yang besar.

"Orang Malaysia suka berinfaq"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi dan turut berkongsi pengalaman mereka.

"Ada sesetengah tempat budak-budak yang pergi solat subuh disedekahkan duit RM5 seorang. Jadi ramai budak-budak yang seronok bangun pagi untuk pergi solat subuh,” kata seorang wargamaya.

"Dekat tempat saya, setiap pagi ada nasi lemak dan roti canai serta air teh panas. Infak dari saudara muslim kita," komen seorang lagi wargamaya.

"Mungkin dalam hati dia terdetik 'sedapnya dapat makan nasi lemak'... sekali dia dapat nasi lemak percuma. Mungkin sebab itu dia rasa terharu," komen seorang wargamaya.