Lelaki Minta Sunting Gambar Tambah Gigi Yang Hilang, Netizen Terhibur Lihat Hasil Tukang "Edit"
Memiliki telefon pintar hari ini sudah menjadi satu kemestian kepada orang ramai.
Peranti tersebut bukan sahaja digunakan sebagai medium berkomunikasi, malah menjadi alat untuk mencari maklumat semasa dan meningkatkan produktiviti ketika waktu lapang.
Seiring dengan peredaran zaman, telefon pintar kini memiliki kemampuan seperti sebuah kamera untuk mengambil gambar dan seperti sebuah komputer untuk membuat kerja-kerja suntingan.
Jika dahulu pengguna mungkin perlu mendapatkan khidmat pakar untuk kerja-kerja di atas. Kini anda boleh mengambil gambar dan membuat suntingan berbekalkan telefon pintar di mana-mana sahaja.
Dengan perkembangan teknologi yang pesat, peluang untuk mempelajari teknik penyuntingan semakin mudah diakses, membolehkan sesiapa sahaja menonjolkan bakat kreatif mereka tanpa perlu memiliki latar belakang profesional.
Tambah pula dengan pelbagai filter dan tools yang disediakan dalam aplikasi telefon, gambar yang diambil dan disunting boleh menjadi sangat menarik ataupun menghiburkan orang ramai.
Lelaki minta tolong “edit” gambar tambahkan gigi yang hilang
Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Facebook Aal telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Dalam hantaran itu, lelaki ini memohon pertolongan orang ramai untuk ‘mengembalikan’ giginya yang hilang.
“Nak minta tolong, tambahkan gigi saya yang hilang...” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.
Minta tolong editkan gambar, sekali macam-macam pula yang keluar
Apa yang melucukan, penyunting gambar begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur humor dalam suntingan masing-masing.
Di samping itu, setiap hasilnya bukan sahaja mengundang gelak tawa, bahkan membuatkan orang ramai kagum dengan imaginasi mereka yang luar biasa.
Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah bakat dan kretiviti suntingan warga maya bukan calang-calang, malah ada yang diluar kotak pemikiran.
Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk anda dibawah.
Gigi lama bang, dah patah tapi dah letak gam. Nak jual murah-murah
Kredit: Aljinus Saigul
Kredit: Mohammad Amiri Mohammad Marzuki
Kredit: Mie Mike
Kredit: Mohammad Ariff
Kredit: Ijat Syaz
Kredit: Jari Hantu
Kredit: Kay Sim
Kredit: Capri Corn