Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Sahabat Sambut Hari Jadi Rakan Yang Terlantar, Ucapan Si Ibu Buat Ramai Sebak

Athirah
Tiga Sahabat Sambut Hari Jadi
Kredit: @lemonteasha via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tiga Sahabat Sambut Hari Jadi Rakan Yang Terlantar, Ucapan Si Ibu Buat Ramai Sebak

Hari jadi bukan sekadar menandakan pertambahan usia, bahkan menjadi waktu untuk merenung pencapaian, menetapkan azam baharu dan berkongsi kegembiraan dengan orang tersayang.

Namun begitu, setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza apabila menyambut hari jadi.

Ada yang lebih suka menyendiri, ada yang ingin meraikannya secara besar-besaran, manakala sesetengahnya pula memilih untuk tidak menyambut langsung.

Di samping itu, ada juga yang lebih selesa diraikan dalam suasana sederhana, dipenuhi doa dan kasih sayang daripada insan tercinta.

Tiga sahabat sambut hari jadi rakan undang sebak

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan tiga sahabat ini datang membawa sepotong kek dan hadiah untuk meraikan ulang tahun kelahiran rakan mereka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @lemonteasha di TikTok, wanita yang berada di atas kerusi roda yang dikenali sebagai Afiqah masih dalam proses pemulihan.

Difahamkan, punca Afiqah terlantar akibat kemalangan yang dialaminya pada Disember 2024.

Apa yang mengundang sebak warga maya ialah suasana sambutan hari jadi yang kelihatan ceria, penuh kasih sayang dan keikhlasan.

"Happy birthday Cupika! Simpan sini nanti bila kau sihat boleh tengok video ni," kata @lemonteasha di ruangan kapsyen.

Ibu kepada Afiqah meluahkan rasa terharu

Lebih menyentuh hati, ibu kepada Afiqah meluahkan rasa terharu atas kehadiran mereka.

Katanya, kehadiran sahabat-sahabat anaknya itu sedikit sebanyak mengubat rasa dan membuatkan anaknya gembira walaupun sedang diuji.

“Terima kasih Tiha, Ain dan Iman kerana sudi meluangkan masa bersama, meraikan ulang tahun Afiqah, dan cuba menggembirakan dia sedikit

"Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kalian. Jangan serik datang ke rumah ibu yang serba sederhana ini, ya. Maaf atas segala kekurangan

"Ibu sayang kalian semua,” ujar ibu Afiqah kepada ketiga-tiga sahabat tersebut.

Video berkenaan mendapat 207.2k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi, sambil mendoakan agar Afiqah segera diberi kesembuhan.

"Semoga kawan awak cepat sembuh! Terima kasih sebab jadi kawan yang terbaik untuk dia. Syurga buat kalian sebab gembirakan sahabat," komen seorang wargamaya.

"Rezeki awak Afiqah dapat kawan yang baik dan bagus," komen seorang lagi wargamaya.