Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan diramal akan mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat akan berlaku seluruh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Hujan juga dijangka berlaku di negeri Kedah iaitu di daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Pahang, ia melibatkan daerah Jerantut, Bentong, Maran dan Kuantan.
Manakala di Negeri Sembilan pula, daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau dijangka terlibat.
Begitu juga dengan negeri Johor iaitu di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Beralih ke negeri Sabah, hujan lebat membabitkan daerah Pedalaman (Nabawan), Tawau dan Sandakan (Tongod).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.