Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Noh Umum Letak Jawatan
Kredit: Bernama

Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu

BERNAMA

Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Tan Sri Noh Omar mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkuat kuasa hari ini.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook, beliau berkata keputusan itu diambil susulan tindakan Lembaga Disiplin parti yang disifatkan tidak menghormati keputusan mesyuarat MPT pada 12 Jan lepas, yang menetapkan agar tindakan disiplin terhadap ahli ditangguhkan.

Menurut Noh, MPT ketika itu membuat ketetapan bahawa tindakan hanya akan dikenakan kepada ahli yang membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan mesyuarat dan bukan terhadap kenyataan yang dibuat sebelum mesyuarat berkenaan.

“Persoalannya, mengapa Lembaga Disiplin terus mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli Bersatu? Adakah Lembaga Disiplin tidak menghormati keputusan Majlis Tertinggi? Apa guna MPT, badan tertinggi parti bermesyuarat, tetapi keputusan MPT tidak dihormati oleh Lembaga Disiplin?

“Apabila keputusan MPT telah dibuat untuk menangguh semua tindakan disiplin terhadap ahli-ahli yang terlibat, sepatutnya tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka yang membuat kenyataan sebelum mesyuarat MPT,” katanya.

Keputusan perletakan jawatan Noh dipercayai berkait dengan tindakan Lembaga Disiplin Bersatu memecat 17 ahli parti, termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin, setakat semalam.

Menurut Noh, MPT telah menubuhkan Jawatankuasa Pengukuhan Parti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Rais Yatim bagi memulihkan perpaduan dalam parti, namun Lembaga Disiplin didakwa terlebih dahulu mengambil tindakan terhadap ahli terlibat sebelum usaha itu dilaksanakan.

“Memang setiap parti mempunyai hak mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli, tetapi tindakan disiplin ini mesti diambil mengikut peraturan dan perlembagaan parti. Tiada siapa mengatasi undang-undang, ini prinsip saya.

“Dan kalau MPT ingin 'overrule' (menolak) keputusan yang telah dibuat pada 12 Jan dan mahu Lembaga Disiplin terus mengambil tindakan, sepatutnya satu mesyuarat khas mesti diadakan untuk MPT 'overrule' keputusan penangguhan tindakan disiplin.

“Tetapi tiada mesyuarat diadakan, tiba-tiba Lembaga Disiplin terus mengambil tindakan, termasuk terhadap mereka yang membuat kenyataan sebelum itu,” katanya.