Siakap Keli

Hanya Kerana Cemburu, Wanita Maut Dibakar Oleh Suaminya Sendiri

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador menyatakan bahawa terdapat lebih 5421 kes keganasan rumah tangga diaporkan di seluruh negara pada tahun 2018. 3,947 daripadanya melibatkan mangsa yang terdiri daripada kaum wanita. Ia menunjukkan penurunan berbanding tahun 2017 yang mencatatkan jumlah 4,025 mangsa wanita.

Baru-baru ini terjadi satu insiden kejam di mana seorang wanita yang dibakar oleh suaminya sendiri. Memetik Bernama, wanita itu dipercayai telah dibakar oleh suaminya di Taman Krubong Permai, Melaka pada 29 April lepas. Pihak media turut melaporkan bahawa suami wanita itu menggunakan minyak petrol yang diambil daripada tangki motosikal milik isterinya.

Gambar : Global Observatory for Inclusion (GLOBI)

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata S.Vijeyyenthi, 39, yang mengalami kecederaan parah akibat melecur kira-kira 70 peratus melibatkan anggota badan dan muka meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi.

Lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan disahkan telah meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi semalam.

“Kes berkenaan yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dipinda ke Seksyen 302 KK iaitu menyebabkan kematian dan suspek masih direman untuk siasatan lanjut.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecedaraan parah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Lelaki berumur 45 tahun itu berjaya ditahan oleh sepasukan anggota Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di kawasan tempat pelupusan sampah di Krubong kira-kira 3 petang hari sama. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Nor Yhazid Idris motif jenayah tersebut adalah berpunca daripada cemburu.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.