Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

Kongsi Pengalaman Makan Daging Manusia Bersama Rakan Sekelas, Ibu Bapa Tuntut Gadis 12 Tahun Diberhentikan Sekolah

Kanibal boleh didefinasikan sebagai kumpulan haiwan yang memakan jenisnya sendiri menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia juga membawa maksud manusia yang memakan manusia.

Golongan ini mungkin sering kita dengar melalui cerita orang-orang lama ataupun daripada filem-filem. Namun, percayakah anda bahawa golongan kanibal ini benar-benar wujud sehingga hari ini?

Ya, itulah yang berlaku di Rusia tahun lalu apabila Arkady Zverev, seorang pemuda 22 tahun dan ‘kekasihnya’, Valeria, 12 tahun dikatakan telah bersama-sama memasak dan memakan daging manusia.

Gadis ini mengakui pernah memakan daging manusia/Daily Mail

Valeria sebenarnya telah diculik Zverev dan dia dianggap kekasih oleh penculiknya itu. Ketika tempoh ‘bersama’, mereka didakwa berkongsi daging mangsa pembunuhan Zverev untuk dinikmati sebagai hidangan.

Akan tetapi, Zverev sudah pun meninggal dunia semasa berada dalam tahanan atas tuduhan membunuh, kanibalisme serta merogol kanak-kanak yang diculik.

Bagi Valeria pula, dia kini bebas bersekolah dan tidak boleh dihukum kerana melakukan jenayah pada usia bawah umur walaupun dia dikatakan telah mengakui jenayah yang dilakukan bersama Zverev kepada pihak polis.

Dalam pengakuannya, dia memberitahu kepada polis mengenai bagaimana dia memasak dan makan hati mangsa kekasihnya itu. Tetapi menurutnya, hati manusia ‘terlalu manis’ dan lebih menggemari ‘otak manusia kerana lebih enak’.

Daily Mail

Valeria kini sedang bersekolah di rumah anak yatim di wilayah Krasnodar. Apa yang menjadi masalah ialah dia turut berkongsikan pengalaman dan ‘rasa’ organ manusia termasuk otak yang pernah dimakannya bersama rakan-rakan sekelas.

Perkara itu jelas telah menimbulkan kemarahan ibu bapa pelajar yang lain dan kebanyakan mereka menuntut untuk Valeria diberhentikan. Malah, ada juga di antara mereka yang mahu dia dikeluarkan daripada perkampungan yang didiami sekarang.

Tambahan lagi, ibu bapa pelajar lain juga mengugut untuk menghalang anak mereka dari hadir ke sekolah selagi Valeria masih lagi bersekolah di sana.

Bagaimanapun, pengarah rumah anak yatim berkenaan memberitahu bahawa Valeria hanyalah gadis kecil biasa dan tidak pernah mendatangkan sebarang masalah sepanjang bersekolah di sana.

Ibu bapa bermesyuarat dengan pihak sekolah/Daily Mail

Akan tetapi, dia kini difahamkan tidak lagi akan bersekolah di sana berikutan dengan protes yang dilaksanakan.

Oleh kerana Valeria berusia bawah 14 tahun, dia tidak boleh dihukum atas kesalahan jenayah dan hanya diletakkan di bawah status ‘saksi bawah umur’.

Ibu kepada salah seorang mangsa Zverev, Galina Popovich pula dikatakan sudah redha dengan kematian anaknya dan tidak boleh melakukan apa-apa memandangkan pembunuh anaknya sudah meninggal manakala Valeria pula di bawah umur.

Sumber: The Sun

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi