Siakap Keli

Nahas Superjet Rusia: Angka Korban Meningkat Kepada 41 Orang, Dua Kanak-Kanak Turut Terkorban

Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Negara, Elena Markovskaya menyatakan bahawa empat puluh satu orang terkorban apabila pesawat penumpang Rusia membuat pendaratan ‘kecemasan’ di lapangan terbang Moscow. Tambah memilukan apabila mengetahui bahawa dua daripadanya adalah kanak-kanak.

Agensi berita Interfax melaporkan bahawa Aeroflot Flight SU1492 kembali ke Lapangan Terbang Sheremetyevo Moscow dengan pendaratan yang sukar disebabkan kebakaran yang telah merebak di dalam kapal. Superjet 100 Rusia

Superjet 100 Rusia itu mempunyai 73 orang penumpang dan lima orang anak kapal sepatutnya berlepas dari Moscow ke Murmansk. Setakat ini, dikatakan bahawa tiga puluh tujuh orang terselamat dam lima daripadanya telah dihantar ke hospital.

Presiden Rusia, Vladimir Putin telah dimaklumkan mengenai pendaratan kecemasan itu. Beliau mengarahkan supaya penyiasatan lanjut dijalankan ke atas insiden berkenaan.

Sementara itu, Aeroflat, syarikat penerbangan nasional tidak rasmi Rusia mengesahkan bahawa terdapat kebakaran yang terjadi di atas kapal namun belum memberi sebarang komen berkaitan dengan mangsa yang terkorban.

Gambar : Reuters
Gambar : Reuters
Gambar : Press TV

Sumber : CNN 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.