Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

“Di Makkah Dan Madinah Pun, Tidak Ditutup Kedai Makan Sewaktu Solat Terawih”, Anuar Minta Kelantan Kaji Semula Arahan Tutup Kedai

Pada tarikh 6 Mei 2019(semalam), Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Kelantan telah mengeluarkan satu notis yang mengarahkan semua kedai makan dan restoren di seluruh negeri itu ditutup sementara dari jam 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan ini.

Arahan itu dikeluarkan bagi menggalakkan umat Islam di sana untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah, dan ia berkuat kuasa serta-merta.

Akan tetapi, kenyataan itu telah pun mendapat bantahan beberapa wakil rakyat antaranya Ahli Parlimen Jerteh, Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Setiausaha Agung Umno menerusi satu kiriman di laman Facebooknya sebentar tadi.

Arahan Pentadbiran yang dikeluarkan oleh SU Kerajaan Kelantan supaya semua restoran dan kedai makan ditutup dari jam 8.30-10.00 malam adalah tidak perlu dan patut dikaji semula..

Ia bukan saja menimbulkan kerumitan dan masalah kepada para peniaga tapi ianya juga tidak mempunyai asas yang kukuh.

Ibadat tarawih adalah sunat dan tidak semestinya di lakukan antara pukul 8.30-10.00 malam.

Keperluan masyarakat utk makan di sebelah malam pula berbagai bagai mengikut keselesaan masing masing. Di Makkah dan Madinah pun, tidak ditutup restoran atau kedai makan sewaktu jemaah melakukan solat sunat terawih atau Qiamullail

Saya percaya pihak pentadbiran negeri Kelantan bersedia mengkaji semula perkara ini. Wallahuaklam

Selamat berpuasa dan beribadat sepanjang Ramadhan

TSAM
AHLI PARLIMEN KETEREH

FB TS Annuar Musa

Sumber: Facebook Tan Sri Annuar Musa

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi