Siakap Keli
Gambar Hiasan

Batal Puasa Atau Tidak Berbuka Awal Dari Waktunya Kerana Azan Di Radio, Ini Jawapan Mufti

Pada bulan Ramadan ini, mungkin ramai yang keliru dan ada banyak soalan yang ingin dirungkaikan oleh para ulama. Salah satunya adalah berkaitan dengan berbuka awal 5 minit kerana Dj radio tersalah mengumandangkan azan di radio terlebih awal.

Mungkin ramai yang menghadapi masalah yang sama cuma sukar untuk dapatkan rujukan yang sahih. Jangan risau, Mufti Wilayah Persekutuan ada jawapannya.

1. Jawapannya adalah mengikut Jumhur ulama’ daripada kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai golongan daripada ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’.

2. Bagi jawapan kedua pula adalah tidak batal puasa. Ini adalah pendapat daripada sebahagian mazhab Hanbali, al-Muzani dan Ibn Khuzaimah daripada ashab al-Syafie dan juga pandangan ulama’ Zahiri.

Setelah menilai dan meneliti kedua-dua pendapat, Mufti Wilayah lebih cenderung kepada batalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha’. Ini kerana beberapa hujah:

  • Umum nas al-Qur’an Surah al-Baqarah ayat 187.
  • Kaedah fiqh menyebut الاصل في كل حادث تقديره بأقرب زمان (Asal bagi sesuatu perkara ditentukan dengan waktu yang paling hampir). Berbuka puasa yang bukan pada waktunya menyebabkan batal puasa kerana waktu yang hampir dengannya ialah masih lagi belum masuk waktu berbuka yakni perlu terus berpuasa.
  • Ini juga selari dengan kaedah fiqh لا عبرة بلظن البين خطؤه (Tidak diiktibarkan dengan zhan atau sangkaan yang nyata salahnya). Dalam kes ini, selepas diberitahu waktu Maghrib belum masuk, dan ternyata benar, makan zhan atau ghalabat al-zhan yang berlaku sebelum ini iaitu masuk waktu berbuka telah nyata salah dan silapnya. Maka yang berbuka sebelum waktu hendaklah mengqadakkan puasa yang terbatal itu selepas Ramadhan.

Bagi kesimpulan untuk hal ini, Mufti memutuskan ianya batal. Puasanya batal dan wajib bagi meraka tersalah berbuka awal, sedangkan matahari belum tenggelam dan perlu untuk mengantikannya.

Untuk tidak berulang lagi hal seperti ini, anda perlulah berhati-hati dan tidak terburu-buru untuk berbuka sebelum disahkan dengan yakin.

Sumber: Mufti Wilayah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang