Sudah menjadi lumrah manusia mempunyai perasaan yang pelbagai seperti cinta, gembira, bangga, sedih, kecewa dan marah. Perasaan cinta merupakan perasaan yang boleh mengubah personaliti dan sikap seseorang itu. Apabila seseorang itu dilamun cinta, dia akan dianggap sebagai mabuk cinta dan melakukan perkara-perkara yang tidak terjangka.
Jika perasaan cinta itu dibalas, ia merupakan sesuatu yang bagus namun jika berlaku sebaliknya, hanya akan menyebabkan hadirnya perasaan sedih dan kecewa.
Namun pun begitu, perasaan seseorang yang menganggap dirinya disukai seseorang walhal sebenarnya tidak adalah satu sindrom atau penyakit. Ia dikenali sebagai ‘Erotomania’.

Erotomania merupakan bentuk khayalan panaranoid yang luar biasa. Kebiasaanya, orang yang terdedah kepada perasaan ini percaya bahawa ada orang lain sedang menyukai dirinya. Perasaan ini sebenarnya bermula dengan secara tiba-tiba dan gejalanya adalah dalam masa yang lama.
Gangguan perasaan ini juga dikenali sebagai sindrom De Clerambault digambarkan dengan jelas pada tahun 1921 oleh psikiatri Perancis.
Ia merupakan sejenis penyakit delusi yang juga termasuk sebagai gejala khayalan penganiayaan, keghairahan ataupun cemburu. Gangguan ini bertambah buruk melalui penggunaan media sosial. Ini kerana, media sosial memudahkan seseorang itu untuk mengakses profil orang yang tidak dikenali serta dapat memerhati dan menghubunginya.
Gejala utama bagi Erotomania adalah mempercayai dengan kuat bahawa terdapat orang sedang menyukai dirinya. Daripada perasaan tersebut, orang yang mengalami Erotomania akan berusaha termasuklah menghubungi seseorang itu melalui pelbagai cara sama ada di media sosial mahupun secara bertulis.

Bagi tujuan rawatan, gangguan ini amat sukar dilakukan kerana individu yang terdedah tidak mampu untuk mempercayai bahawa perasaan yang dianggap benar itu tidak benar malah sebaliknya. Namun pun begitu, sebilangan kecil mereka yang terjejas akan dapat merawat dengan sendirinya.
Sumber: Medical News Today