Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, WP – METMalaysia

Hannah
amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, WP – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Di Perak, daerah terlibat adalah Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Di Pahang pula, daerah terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub, selain Hulu Selangor, Gombak dan Petaling di Selangor.

“Manakala di Johor, daerah yang terlibat adalah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia.

Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong dan Sarikei (Sarikei).

Di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan untuk berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Duduk Di “11A”, Penyanyi Thailand Kongsi Detik Ngeri Terselamat Nahas Udara 1998

BACA: Ini Jadi Kalau Malaysia Lawan Indonesia – Pengulas Vietnam

BACA: Ini Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dengan Indonesia – Media Indonesia

Sumber: METMalaysia