Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini.

Iklan

10 Negeri Diramal Hujan Lebat

Menerusi amaran yang dikeluarkan, kawasan yang terlibat ialah seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah, termasuk Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Sik, Baling, Kulim, Kuala Muda dan Bandar Baharu.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak, iaitu Selama, Larut Matang, Kerian, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Batang Padang dan Manjung.

Di Pahang, amaran melibatkan Rompin, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Bera. Hulu Selangor serta Gombak di Selangor, Jempol di Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Johor, termasuk Segamat, Tangkak, Muar, Mersing dan Kluang, turut tersenarai.

Bagi Sarawak, kawasan terlibat ialah Mukah, termasuk Mukah dan Dalat; Sibu, khususnya Selangau; Bintulu; serta Miri yang merangkumi Marudi, Miri, Subis dan Beluru.

Di Sabah pula, amaran melibatkan Tawau (Tawau dan Kalabakan), Sandakan (Tongod dan Telupid), Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Tambunan, Keningau dan Sook), Pantai Barat (Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau).

Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasminya atau aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih.



Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri.
  • Amaran berkuat kuasa hingga 7 malam ini, melibatkan kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.
  • Orang ramai dinasihatkan mengelakkan aktiviti luar dan merujuk saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan