Siakap Keli
Gambar Hiasan

Jangan Panik Kalau Si Anak Termakan Ubat Anda, Jururawat Ini Ajar 4 Langkah Yang Perlu Anda Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesetengah orang mungkin terleka dengan cara penyimpanan ubat-ubatan sehinggakan anak-anak kecil bermain atau termakan ubatan yang berbahaya. Anda seharusnya tahu, di mana sepatutnya ubat itu diletakkan.

Mungkin ada sesetengah ubat yang mempunyai tarikh luput tersendiri selepas dibuka. maklumat ini boleh diperolehi melalui label ubat-ubatan.

Sebagai contoh, terdapat ubat yang berlabel ‘discard 30 days after opening’ yang bermaksud buang selepas 30 hai botol terbuka. bagi ubat yang berlabel ini sudah jelas tarikh luputnya.

Seorang jururawat ini telah berkongsi beberapa tips cara penyimpanan ubat yang betul daripada pengetahuan anak dan untuk mengekalkan kualiti ubat tersebut.

Ramai para ibu bapa yang suka menyimpan ubat-ubatan di rumah dengan alasan jika mengalami sakit atau demam hanya menggunakan semula ubat tersebut. Tetapi anda perlu lebih risau jika anak mereka tertelan ubat tanpa tidak sengaja akan mengundang kemudaratan.

Apa yang perlu anda lakukan jika anak termakan ubatan anda?

  • Jangan panik. Cari semula bekas ubat berkenan untuk memudahkan ubat dikenal pasti daripada label yang tertulis.
  • Bawa segera ke klinik kesihatan  atau unit kecemasan
  • Jangan beri makan atau minum sesuatu sebelum mendapatkan arahan daripada pihak hospital.
  • Kenalpasti dan bawa bersama, nama ubat berkenanan, anggaran jumlah ubat yang diambil oleh anak, anggaran masa ubat ditelan dan beritahu jika anak anda mengalami apa-apa tanda selepas termakan ubat tersebut.

Untuk menggelakan perkara ini berlaku, anda perlu pastikan cara menyimpan ubat dengan betul. Antaranya:

1. Baca label pada bungkusan ubat dengan teliti untuk menentukan kaedah penyimpanan yang betul.

2. Sekiranya perlu disimpan pada suhu bilik, simpan di tempat yang redup dan kering (15°C-30°C).

Sekiranya perlu pada suhu 2°C-8°C, simpan di dalam peti sejuk (bukan ruangan sejuk beku).

  •  Penyimpanan ubat di tempat yang betul boleh elak daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan.
  • Ada beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu.
  • Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.

3. Simpan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak untuk mengelakkan kanak-kanak termakan ubatan yang terdiri dari pelbagai variasi warna dan bentuk seakan-akan gula-gula oleh kanak-kanak.

4. Elakkan dari menyimpan ubat di tempat yang terdedah dengan sinaran matahari secara langsung. Dan jangan simpan ubat di dalam kereta. Suhu panas dalam kereta apabila ditinggalkan boleh menjejaskan kualiti ubat.

5. Simpan ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, ubat titis mata dan sebagainya).

  • Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan.
  • Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut.
  • Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.

6. Simpan ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari terutama jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.

7. Simpan ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.

Cara terbaik adalah, anda tidak perlu menyimpan ubat yang terlebih tarikh luput di rumah.

Sumber: Bel Nawhen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang