Saiz liang roma di wajah setiap manusia adalah berbeza-beza. Folikel rambut atau nama mudahnya ialah pori sangat penting kerana ia menjaga kelembapan kulit wajah anda dan terhidrat. Berikut terdapat beberapa perkara yang anda tidak tahu tentang liang pori anda;
Kulit berminyak boleh menyebabkan liang pori menjadi besar
Liang pori yang besar bukanlah sesuatu yan bagus untuk kulit anda. Ia boleh menjejaskan permukaan dan tekstur kulit anda dan membuatkan kulit anda kelihatan kasar. Di bahagian wajah, hidung dan pipi merupakan kawasan biasa yang kelihatan liang pori menjadi besar. Jika kulit anda jenis berminyak, ia menjadi lebih nyata berbanding mereka yang memiliki kulit jenis kering. Ini boleh memberi kesan kepada keyakinan diri anda.
Selain kesannya pada bagaimana rupa anda, saiz liang anda dapat menunjukkan beberapa masalah kesihatan kulit.
Pori besar boleh mengakibatkan rambut cekam
Apabila kulit menanggalkan lapisan luar sel-sel mati, pori anda menjadi tersumbat dengan sel-sel kulit mati, minyak, dan bakteria. Kelenjar minyak akan terus menghasilkan minyak, menyebabkan liang menjadi lebam dan dijangkiti. Apabila terdapat rambut yang tumbuh di dalam liang, ini boleh mengakibatkan rambut cekam meradang.
Kemungkinan mempunyai banyak jerawat akibat liang pori besar
Dengan liang pori yang besar juga, anda akan mempunyai kemungkinan untuk mendapatkan bintik putih (whitehead) dan bintik hitam (blackhead) dengan mudah. Minyak itu dioksidakan oleh udara terbuka, yang menjadikannya kelihatan hitam di hujungnya. Kadang kala bakteria terperangkap dalam liang yang tersumbat, ia boleh menyebabkan keradangan. Ini boleh membawa kepada jerawat yang lebih meradang seperti papules, pustules, nodules, dan sista.
Perbezaan antara bintik putih dan bintik hitam ialah; bintik putih muncul sebagai liang tertutup yang tersumbat dengan sel kulit mati dan minyak, biasanya menunjukkan hujung putih. Bintik hitam pula muncul sebagai liang terbuka yang tersumbat.
Peluh tidak dikeluarkan oleh pori anda
Ramai orang salah faham tentang peluh yang dikatakan keluar melalui pori. Ini adalah kenyataan yang salah, peluh sebenarnya dihasilkan oleh kelenjar peluh anda yang terdapat pada kulit anda. Ia boleh menjejaskan penampilan kulit anda. Apabila peluh mencapai kulit anda, ia boleh meninggalkan garam yang boleh menghalang liang-liang anda, yang berpotensi menyebabkan jerawat.
Anda tidak boleh mengecilkan liang pori anda
Anda tidak boleh menegcilkan liang pori anda kerana ia merupaka salah satu genetik yang diwarisi. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukankan untuk meminimumkanya daripada kelihatan seperti;
- Gunakan air suam dan pembersih lembut untuk mencuci muka anda. Elakkan menggosok muka anda tetapi lap kering dengan lembut.
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk membantu menguruskan kulit berminyak.
- Gunakan produk yang jelas mengandungi benzoyl peroksida atau asid salisilik untuk mengawal minyak dan bakteria yang menyumbang kepada jerawat. Bahan-bahan ini juga boleh menanggalkan liang, mengurangkan jerawat, dan memperbaiki tekstur kulit.
- Apabila memilih solekan, sentiasa mencari produk yang bukan komedogenik, yang bermaksud produk yang tidak menyumbatkan liang pori anda. Ia akan dilabelkan pada produk.
Jika anda mempunyai masalah kulit yang membimbangkan anda, berjumlah dengan doktor dermatologi untuk mendapatkan nasihat. Pada hari ini, terdapat beberapa cara ubat-ubatan dan kosmetik yang membantu anda menambah keyakinan diri anda seperti microdermabrasion, terapi laser, dan pengelupasan kimia.
Semua itu, adalah penting untuk bersabar kerana ia boleh dirawat dalam masa yang singkat sebaliknya ia mengambil masa yang lama.
Sumber: Hello Doktor