Siakap Keli
Gambar: Fb Candace

Hias Bekal Makanan Anak Dengan Watak Kartun, Pengorbanan Si Ibu Mahu Anak Ramai Kawan Di Sekolah

Semua orang tahu pengorbanan ibu dan ayah kita tidak pernah lupus semata-mata untuk membahagiakan kita. Dari kecil lagi mereka mempunyai usaha yang tinggi untuk menghalang anak daripada terima kesakitan. ‘

Walau bagaimanapun, ibu bapa sentiasa mencari cara untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk anak-anak. Sebagai contoh yang paling dekat, kita boleh lihat usaha seorang ibu, Candace menyediakan bekalan makanan untuk anaknya dengan pelbagai bentuk kartoon supaya anaknya kembali riang untuk mendapatkan kawan.

Dia tidak sanggup melihat anaknya itu sedih dan rasa terpencil daripada kawan-kawan yang lain. Candace mula perasan anaknya tidak gembira sejak beberapa hari ke sekolah dan pulangĀ  ke rumah dengan tekanan.

Dia menyedari, anak perempuannya tu bermain bersendirian di taman permainan sementara rakan yang lain mengabaikannya. Lepas daripada itu, dia berfikir untuk menghiasi makanan dengan watak-watak yang disukai oleh kanak-kanak.

Usaha yang dilakukan oleh si ibu ini sanggup bangun pada awal pagi semata-mata untuk menyediakan bekalan makanan tengah hari , semua ideanya itu berjaya pujuk anaknya. Tertarik dengan bentuk makanannya, rakan-rakan sekolah anaknya mula mendekati anaknya untuk berkawan dengannya.

Hasil daripada itu, hari-hari anaknya pulang dari sekolah dengan tersenyum lebar. Oleh itu, ibunya akan bertungkus-lumus setiap hari menyediakan bekalan makanan untuk dibawa ke sekolah.

 

Sumber: EliteReaders

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang