Siakap Keli

“Berhenti Makan Placenta, Ia Menyebarkan Bakteria Pembunuh” Doktor Beri Amaran Dan Kesannya Pada Kesihatan

Doktor pakar memberitahu kepada para ibu jangan sesekali makan placenta kerana ia tidak berfaedah selain mempunyai kesan sampingan lain seperti mendatangkan penyakit akibat bakteria.

Trend ini menjadi ikutan kerana diperkenalkan oleh selebriti seperti Kim Kardashian dan beberapa selebriti yang lain yang secara terang-terangan memberitahu mengambil organ itu dan memakannya. Mereka mendakwa ia boleh meningkatkan tahap besi dalam darah yang diperlukan oleh tubuh selain memperbanyakan bekalan susu ibu dan membasmi risiko kemurungan (meroyan).

Namun, kenyataan ini dibidas oleh Persatuan Ahli Obstetrik dan Ginekologi Kanada. Mereka sangat tidak setuju dan mengatakan ia mungkin berbahaya. SOGC mengkaji bukti trend yang semakin meningkat ini lebih banyak keburukan tidak kira untuk makan plasenta sama ada mentah, dimasak, atau dalam bentuk pil.

Mereka menerbitkan amaran mereka – berdasarkan kajian yang memenuhi piawaiannya – dalam Journal of Obstetrics and Gynecology Canada. Di dalamnya, mereka menulis; walaupun trend yang semakin meningkat, tidak ada bukti yang didokumenkan berfaedah untuk besi dalam darah dan badan, mood, atau laktasi yang baik.

Dr Jocelynn Cook, ketua pegawai saintifik SOGC, menambah bahawa pada masa ini, ‘tiada bukti kukuh’ untuk menyarankan makan plasenta dan badan menerima manfaat daripadanya.

Selepas melalui empat kajian saintifik, saintis dan para doktor berpendapat komposisi nutrien dalam placenta tidak ada langsung mineral atau besi yang digembar-gemburkan. Mereka juga mengkaji bahawa selepas placena di proses, kandungan yang tinggal hanyalah kosong dan tidak juga mendatangkan manfaat yang dinyatakan.

Dengan pengendalian yang buruk seperti pensterilan yang tidak betul untuk menghasilkan pil dari plasenta, ia memudahan implikasi kesihatan yang buruk terhadap ibu dan bayi. Bayi juga boleh menerima kesan buruk kerana ia boleh masuk melalui susu ibu. Kumpulan B streptokokus, jangkitan bakteria yang biasa dijumpai di dalam vagina, hadir di plasenta wanita. Jangkitan – yang membunuh satu bayi seminggu di UK – yang dipindahkan ke bayi melalui susu ibu ketika ibu mengambil kapsul plasenta.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mengesahkan kebimbangan mengenai enkapsulasi plasenta pada tahun 2017 apabila seorang wanita memindahkan virus pembunuh kepada bayinya. 

Dalam dunia haiwan, para saintis telah lama mengkaji bahawa ia mungkin kerana haiwan melindungi anak mereka daripada pemangsa yang mencium darah. Namun, asal-usul trend tidak jelas – terutamanya di kalangan manusia. Ia dipanggil ‘placentophagy’. 

Placentophagy adalah amalan memakan organ ini. Ia terbentuk semasa kehamilan untuk memberi oksigen dan nutrien kepada bayi melalui tali pusat. Ibu biasanya dibenarkan mengambil plasenta mereka sendiri, tetapi garis panduan mungkin berbeza dari hospital ke hospital.

Ada nasihat diberikan tentang bagaimana untuk mengangkut dan menyimpannya di rumah secara bersih – dalam peti sejuk tanpa makanan lain – untuk mengurangkan kemungkinan ia dijangkiti bakteria. Pelbagai laman dalam talian menerangkan bagaimana memasak dan memakan plasenta di rumah selepas keluarnya dari perut, sementara syarikat enkapsulasi mempunyai protokol yang berbeza untuk mengumpul plasenta.

Persediaan encapsulation placenta biasanya melibatkan pengisaran plasenta dalam keadaan mentah atau selepas dikukus dan dikeringkan. 

ARTIS HOLLYWOOD YANG MEMAKAN PLASENTA MEREKA SENDIRI

Katherine Heigl; 

Heigl memberitahu pada awal kehamilanya bahawa dia mahu membuat pil placenta sendiri selepas kelahiran anaknya, Joshua. Pelakon Grey Anatomy itu mempelajari sendiri tentang kaedah pembekuan placenta.

Kourtney Kardashian;

Bintang realiti itu membeku-kering placenta selepas kelahiran anaknya. Dia juga menyebarkan tabiat pemakanannya itu melalui lama sosial Instagram dan memberitahu dia memilih sendiri untuk memakanya.

“Yummy… placenta pill! No joke…I will be sad when my placenta pills run out. They are life changing! #benefits #lookitup” tulisnya.

Ada juga ura-ura yang menyatakan bahawa Kim Kardashian juga mengambilnya namun tidak ada mana-mana sumber pengesahan.

Tia and Tamara Mowry;

Pada rancangan realiti, pasangan kembar ini minum plasenta Tia pada tahun 2013. Penonton menonton ketika mereka menuangkan campuran ke dalam gelas sebelum meminumnya bersama. Selepas minum, Tia berkata, ”Oh my God, I see residue”

Selepas beberapa lama, dia kemudian menyatakan bahawa ia tidak merasakan kesan buruk dari memakan placenta itu.

 Gabby Hoffman; 

Bintang popular itu mempunyai plasenta yang dicincang sehingga 20 keping dan dibekukanya. Menunya, setiap pagi, dia akan mencampurkan bersama dengan smoothie sarapan paginya sebelum minum. Dia mencampurkan juga buah-buahan dan susu. Dia berkata bahawa placenta itu merangsang dan memberikan tenaga yang diperlukanya. 

Coleen Rooney;

Pelakon ini mengambil satu langkah lain dari yang lain apabila dia membuat krim muka yang berasal dari placenta pada Februari 2018. Dia mula memakan kapsul placenta sejak 2016 lagi.

Sumber: Daily Mail

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia