Siakap Keli
Foto: Google

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Petang Ini Di Enam Negeri Dan Dua Wilayah Persekutuan

Jabatan Meteorologi Malaysia(MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di sekitar enam buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan untuk petang ini.

Menurut infografik yang disiarkan di laman Twitter rasmi mereka, @malaysianmet, ribut petir dijangka akan berlaku di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Johor, Sabah, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya sehingga pukul 5 petang nanti.

Kawasan yang terlibat di enam buah negeri itu adalah Cameron Highland, Lipis,Raub dan Bentung(Pahang), Gombak, Hulu Langat dan Sepang(Selangor) serta Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan.

Manakala kawasan lain yang turut dijangka dilanda ribut petir adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Miri dan Limbang(Sarawak), Sipitang, Tenom, Beaufort, Tambunan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat(Sabah) selain Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi