Siakap Keli

Saiz Kaki Besar Tapak Tangan Manusia, Heboh, Kucing ‘Raksasa’ Jadi Perhatian

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang jinak. Sifat kucing yang manja menarik minat ramai orang untuk membelanya. Mempunyai bulu yang lembut, kucing seringkali menjadi haiwan peliharaan yang kerap kali dimuat naik di dalam alam maya. Pencinta kucing kebiasaannya amat gemar kepada kucing yang mempunyai saiz yang besar. Begitulah yang terjadi di alam maya, seekor kucing yang bersaiz hampir sebesar manusia menjadi perhatian.

Kucing yang digelar Giant Maine Coon itu dianggap sebagai gergasi yang besar. Pada umurnya 3 tahun, kucing ini mempunyai berat hampir 10 kilogram dengan badannya dilitupi sebanyak 90% bulu. Kucing yang sentiasa berkelakuan baik ini merupakan spesimen yang sangat besar.

Seperti salah seekor yang mendapat perhatian di alam maya, Lotus mempunyai badan yang besar sehinggakan dapat mengisi keseluruhan sofa.

Gambar: Happiest

Berbekalkan saiz badannya yang besar, Lotus juga mempunyai tapak kaki yang besar hampir sama besar dengan tangan manusia. Namun begitu, walaupun mempunyai saiz kaki yang besar, dia tetap merupakan haiwan peliharaan yang baik dan manja.

Gambar: Happiest

Walaupun mempunyai saiz yang besar, Lotus kelihatan gembira menikmati hari-harinya. Dia sering menjadi teman setia kepada tuannya ketika melakukan kerja-kerja harian.

Gambar: Happiest

Lotus menjadi popular di laman sosial terutamanya laman Instagram. Dia menjadi popular kerana gambar-gambar yang diambil menampakkan kegembiraan dalam kehidupannya. Setakat ini, Lotus mempunyai lebih kurang 200000 pengikut di Instagram.

Gambar: Happiest

Sumber: Happiest

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa