Siakap Keli
Gambar: Cerolian

Lipas Boleh Hidup Tanpa Kepala Dalam Tempoh Berminggu, Ini Rahsianya

Lipas merupakan serangga yang sering ditakuti oleh manusia. Ketakutan itu bukanlah berpunca daripada bahayanya seekor lipas, tetapi kerana rasa geli terhadap serangga itu. Namun begitu, tahukah anda bahawa lipas merupakan serangga yang berkemampuan untuk bertahan dalam beberapa situasi yang mengancam nyawa. Antaranya, lipas boleh menahan nafas selama hampir 40 minit dan berkemampuan untuk bertahan berminggu-minggu tanpa makanan.

Namun begitu, tahukah anda bahawa lipas berkemampuan untuk hidup tanpa kepala dalam tempoh yang lama. Tempoh yang dimaksudkan ialah selama berminggu-minggu.

Gambar: cisdel.com

Berbeza dengan manusia, lipas tidak memerlukan kepala mereka untuk bernafas dan mereka tidak bergantung terhadap satu-satu organ untuk hidup. Lipas menyedut dan menghembus nafas melalui banyak saluran yang disambungkan ke lubang-lubang (spirul) yang tersebar di sepanjang badan mereka. Oleh yang demikian, lipas tidak mempunyai masalah untuk kekal hidup tanpa kepalanya.

Selain itu, lipas juga merupakan serangga berdarah sejuk yang boleh bertahan selama satu hari dengan makanan yang dimakan. Disebabkan ketiadaan kepala, lipas tidak dapat aktif secara fizikal menyebabkan tenaga mereka dapat disimpan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah lipas boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan ketika kehilangan kepalanya.

Namun begitu, lipas dapat bertahan berminggu tanpa kepala sekiranya tidak diserang oleh virus, bakteria dan pemangsa dalam tempoh itu dan kekal dalam persekitaran yang baik.

Sumber: Science ABC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa