Siakap Keli
Gambar: incidentscreens.org

Nak Elak Kereta Perlahankan Kenderaan, Polis Nekad Guna Skrin Penghadang Tutup Kemalangan

Kemalangan jalan raya merupakan perkara yang boleh dikatakan setiap hari berlaku diseluruh dunia. Kemalangan jalan raya kebiasaannya berlaku akibat daripada kecuaian diri sendiri, pihak lain, faktor kenderaan, faktor cuaca dan banyak lagi. Kemalangan yang berlaku kebiasaannya akan menyebabkan jalan raya mengalami kesesakan.

Perkara ini adalah kerana sikap pemandu lain yang ingin melihat keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Oleh itu, mereka akan memperlahankan kenderaan sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan.

Kesesakan jalan raya sudah pasti tidak diingini oleh semua pihak. Ini kerana kesesakan akan melambatkan proses pergerakan lalu lintas.

Oleh yang demikian, pihak polis di Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk menutup tempat kemalangan bagi mengatasi masalah ini menggunakan skrin penghadang.

Skrin penghadang digunakan untuk menghalang pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan dengan tujuan untuk meninjau keadaan sebenar atau untuk mengambil gambar kejadian.

Gambar: independent.co.uk
Gambar: Recombu

Bagi melaksanakan skrin penghadang tersebut, pihak berkuasa telah membelanjakan sekitar 2.2M Dolar. Namun begitu, mengikut rekod, hanya 77 kali sahaja digunakan dalam beberapa tahun. Walaupun begitu, pelaksanaan skrin penghadang kemalangan ini sangat membantu bagi mengatasi kesesakan jalan raya.

Sumber: independent.co.uk

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa