Siakap Keli
Gambar Hiasan

” Budak-Budak Apa Sangat Diorang Makan,” Maya Karin Luah Rasa Kecewa Dengan Harga Buffet Ramadan Yang Mengarut

Pastinya setiap kali Ramadan, pihak hotel dan restoran berkejar-kejar menawarkan sajian buffet mereka bagi memenuhi citarasa pelanggan mereka. Perkara biasa jika kita pernah mendengar harga-harga yang ditawarkan mencecah ratusan ringgit untuk seorang.

Bagi pelakon Munafik 2 yang terkenal Maya Karin, mengambil keputusan untuk tidak ke mana-mana restoran atau hotel yang menawarkan buffet Ramadan tahun ini kerana merasakan harga yang dikenakan tidak masuk akal dan tidak munasabah.

Saya berasa sangat marah dengan harga mengarut buffet Ramadan yang ditawarkan dan masih ada lagi orang dan syarikat-syarikat yang masih membayar untuk harga itu! RM150-200 untuk dewasa dan RM80-100 untuk kanak-kanak! Budak-budak apa yang diaorang makan? Nasi sikit, ayam sikit atau spagetti sikit.”  

“Disebabkan itu, saya mengambil pendekatan enggan berbuka puasa di mana-mana hotel yang menawarkan buffet Ramadan. Ini prinsip saya. Siapa makan kat sana jangan meroyan pasal ekonomi,” tulisnya menerusi laman Twitter miliknya.

Sumber: Maya karin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang