Siakap Keli

Iklan Jawatan Kosong Lipat Kotak, Kena Bayar Sebelum Mula Kerja, Ramai Dakwa Pernah Ditipu Kumpulan Ini

Zaman kini, penipuan melalui sosial media sangat kerap berlaku. Tambahan pula, semua peringkat umur ketika ini sudah memiliki akaun sosial media dan telefon pintar. Pelbagai modus operandi yang suspek gunakan bagi memperdayakan mangsa.

Terbaru, terdapat kumpulan atau individu yang membuat iklan jawatan kosong untuk melipat door gift dan hanya lakukan di rumah sahaja. Sasaran kumpulan ini kemungkinan penganggur, suri rumah dan lepasan SPM yang baru sahaja menamatkan zaman persekolahan.

Sejak pada tahun 2018 lagi, scammer ini giat menipu ramai wanita terutamanya suri rumah yang tidak bekerja. Ramai yang terkena dengan penipuan scammer.

Mereka letakkan syarat untuk membayar  wang pendahuluan terlebih dahulu sekiranya berminat untuk melakukan kerja melipat kotak doorgift. Setelah para ‘pekerja’ membuat bayaran, terus mereka lesap dan tidak lagi memberi respon kepada pekerja.

Sudah beberapa kali para scammer ini menukar nama Facebook tujuan supaya boleh menambah mangsa seterusnya. Ini adalah beberapa dakwaan mangsa yang dipercayai telah ditipu oleh kumpulan atau individu terbabit.

 

 

Sumber: Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.