Siakap Keli

Program Terbaru NASA, Sasar Wanita Pertama Mendarat Di Bulan

Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA), Jim Bridenstine telah membuat keputusan untuk mendaratkan seorang angkasawan wanita di bulan dalam masa lima tahun akan datang sebagai sebahagian daripada program baru NASA yang diberi nama ‘Program Artemis.’

Metro

Dia berkata bahawa dengan melihat pendaratan wanita pertama di bulan akan memberi inspirasi kepada generasi baru terutamanya gadis muda untuk bekerja dalam industri angkasa lepas. Bridenstine berkata sejarah pendaratan bulan sebelum ini telah memperlihatkan hanya sedikit peluang yang ditawarkan kepada angkasawan yang terdiri daripada kaum wanita.

“Dan jika kita melihat tentang sejarah pendaratan bulan, kebanyakan juruterbang dari tahun 1960-an dan 1970-an, termasuklah juruterbang pejuang, tidak ada sebarang peluang diberikan untuk wanita pada masa itu.  Program ini akan membolehkan generasi baru terutamanya anak-anak muda seperti anak perempuan saya melihat diri mereka dengan cara yang mungkin tidak pernah mereka fikirkan.”

Metro
Metro

“Kita akan mempercepatkan laluan untuk sampai ke bulan. Kami mahu berada di sana, ini bukan gurauan, semuanya akan berlaku menjelang 2024. Tetapi, langkah pertama adalah ke bulan. Kita perlu belajar bagaimana untuk hidup dan bekerja di dunia lain untuk jangka masa yang lama.”

Bridenstine turut membuat kicauan di Twitternya dengan caption misi #Moon2024.

“Kami begitu teruja untuk mendaratkan wanita pertama dan lelaki seterusnya di permukaan Bulan menjelang 2024. Seramai enam orang angkasawan telah menjejakkan kaki ke Bulan, dan semuanya telah dijalankan oleh Nasa sebagai sebahagian daripada program Apollo.”

Dalam ucapan penutup, dia menambah, “Saya pasti ada orang di bilik ini yang mempunyai anak perempuan dan mahu melihat mereka menjadi salah seorang daripada angkawasan pada masa akan datang. Tidak semua orang akan menjadi angkasawan, tetapi mereka perlu memahami bahawa peluang seperti ini tersedia untuk semua orang.”

Sumber: Metro, Jim Bridens

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"