Salah satu babak dalam The Avengers: End Game yang membuatkan para penonton tertanya-tanya adalah saat Captain America yang sudah tua menyerahkan perisainya kepada Falcon (Sam Wilson) berbanding rakan baiknya daripada era Perang Dunia Ke-2, Winter Soldier (Bucky Barnes).
Hampir sebulan selepas tayangan filem berkenaan di pawagam, penulis skrip End Gamae, Christopher Markus, walaupun Bucky merupakan rakan karib kepada Steve, namun dia tidak memiliki kualiti yang diperlukan untuk menyambung legasi Captain America seperti Sam.
”Sukar untuk menyerahkan perisai itu kepada Bucky. Walaupun ramai orang menyukainya, Bucky sebenarnya pernah berada di jalan hitam dan dia masih dalam proses ‘pembersihan’.
”Manakala Sam seorang insan yang benar-benar hebat. Tidak susah untuk kami memilihnya. Kami fikir, Bucky mempunyai lebih banyak cerita terutamanya sebagai lelaki dalam perjalanan menebus dosanya dan Sam lebih sesuai untuk membawa watak baru dalam Marvel,” katanya.
Malah, Markus turut mendedahkan bahawa Bucky pernah mempunyai sejarah mindanya boleh dikawal individu yang berniat jahat sekali gus memberi risiko kepada peranannya sebagai Captain America.
Seorang lagi penulis, McFeely bersetuju dengan jawapan rakannya dan turut mendedahkan rancangan untuk menghasilkan cerita, Falcon & The Winter Soldier di masa akan datang.
”Bucky masih lagi berperang dengan masa silamnya. Manakala Captain America sentiasa membawa idea Amerika yang terbaik. Jadi menyerahkan mantel Captain America kepada seorang lelaki berketurunan Afrika-Amerika adalah satu idea yang hebat.
”Kami tidak mahu menoleh kebelakang lagi, jadi ini adalah yang terbaik,” katanya.
Sumber: Comicbook