Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Siasatan Teknikal Insiden Putra Heights Selesai Esok

Azizah Najib
siasatan teknikal putra heights
Kredit: Bernama

Siasatan Teknikal Insiden Putra Heights Selesai Esok

SHAH ALAM, 25 Jun (Bernama) — Hasil siasatan teknikal insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya akan selesai esok, mengikut jangkaan yang ditetapkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor Jay Jay Denis bagaimanapun berkata laporan hasil siasatan yang akan diumumkan kepada umum itu masih dalam proses penyediaan oleh pasukan penyiasat.

“Berkenaan siasatan kebakaran saluran paip gas Putra Heights, saya ingin maklumkan siasatan dijadualkan siap esok. Kemudian pasukan penyiasat akan menyiapkan laporan siasatan itu.

“Maklumat pengumuman hasil siasatan akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

BACA: Tragedi Putra Heights: Semua Bilik Musnah Dijilat Api Kecuali Bilik “Ini”

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata laporan teknikal berhubung insiden yang berlaku pada 1 April itu, dijangka dilengkapkan pada 26 Jun.

Beliau berkata laporan siasatan itu juga akan diselaraskan dengan hasil siasatan jenayah, sebelum dimaklumkan kepada umum.

Sumber: Bernama