Siakap Keli
Tragedi Putra Heights
Kredit: TikTok @najwanhalimi

Tragedi Putra Heights: Semua Bilik Musnah Dijilat Api Kecuali Bilik “Ini”

Tragedi Putra Heights: Semua Bilik Musnah Dijilat Api Kecuali Bilik “Ini”

Hidup ni memang tak pernah sunyi dari ujian, kan? Kadang-kadang ujian tu datang macam ribut, tak bagi salam, tak beri amaran.

Bila musibah melanda, terasa dunia tiba-tiba gelap. Semua yang kita bina, semua yang kita usahakan, seolah-olah hilang dalam sekelip mata.

Berat, pedih, perit… tapi siapa tahu, ada ‘sesuatu’ yang Allah sembunyikan di sebalik semua itu?

Itulah yang dirasai oleh mangsa tragedi kebakaran besar di Putra Heights.

Api yang marak bukan sahaja melahap rumah-rumah penduduk, tapi turut meragut ketenangan hidup mereka.

Selepas api dipadamkan dan keadaan kembali reda pula, penduduk pulang ke rumah masing-masing.

Namun yang menyambut mereka hanyalah runtuhan dan sisa kehidupan yang pernah ada.

Tular video rumah mangsa musnah dijilat api, kecuali bilik “ini”

Tetapi, dalam timbunan abu dan arang, sebuah rakaman video tular di TikTok menerusi akaun @najwanhalimi telah mencuri perhatian ramai.

Dalam video tersebut, kelihatan sebuah rumah yang hampir keseluruhannya hangus dijilat api—dinding hitam legam, perabot hancur dan segala-galanya musnah.

Tetapi apa yang mengejutkan ialah satu ruangan kecil di rumah itu yang langsung tidak disentuh oleh api. Ia adalah sebuah bilik surau.

Sebuah ruang solat kecil yang terletak di sebalik pintu, kekal utuh tanpa sedikit pun kesan terbakar atau hangus.

Malah, permaidani masih bersih, sejadah masih terbentang menghadap kiblat, telekung tergantung rapi dan tingkap tidak langsung retak.

@najwanhalimi

KEADAAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS— BILIK SOLAT TAK TERBAKAR! Salah satu rumah yang terjejas teruk… tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin. @SelangorTV #kitaselangor #kitaselangormajubersama #putraheights #putraheight #putraheightscommunity #kebakaranrumah

♬ original sound – Najwan Halimi – Najwan Halimi

Bagi warga maya yang menyaksikan video itu, ia bukan sekadar “kebetulan”.

Ada yang percaya ini adalah satu bentuk keajaiban, tanda kekuasaan Tuhan, manakala yang lain pula mengaitkannya dengan keberkatan amalan tuan rumah.

“Hanya solat yang kekal sehingga kiamat…”

Rata-rata warga maya di ruangan komen mendoakan segala urusan tuan rumah ini dipermudahkan.

Selain itu, ramai yang memanjatkan rasa kagum terhadap perkara yang terjadi ini, dan ada juga yang membongkarkan tentang kebaikan si tuan rumah.

“Rumah biras saya ni. Dia memang bagus jaga solat dan rajin betul bersedekah. Bilik solat ni jarang dia tutup pintu tapi itulah haba panas tak masuk pun sedangkan perabot di ruang tamu tu habis cair semua,”

“Masa bulan puasa, tuan rumah ada buat tadarus untuk anak-anak kawasan tu kat rumahnya,”

“Saya percaya tuan rumah bagus amalannya. Semoga tabah semua yang dilanda ujian ini,”

“Ustaz aku pernah pesan, buat bilik solat. Kalau tak mampu buat satu sudut rumah untuk jadikan tempat solat dan beramal,”

BACA: Saintis Laut Dalam Dakwa Temui ‘SpongeBob dan Patrick’ Dunia Sebenar

BACA: Warga Malaysia Pelajar Terbaik, Wakili Fakulti Di Majlis Graduasi Universiti Jepun

BACA: Perbezaan Mesin Basuh Top Load Jenis “Belting” & “Direct Drive”

Sumber: Najwan Halimi via TikTok

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: