Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: Sekolah Dibuka Semula Esok Kecuali Johor, Beberapa Kawasan KL, Selangor - Fadhlina

jerebu
Kredit: Bernama

Sesi persekolahan yang sebelum ini terjejas akibat jerebu kembali beroperasi semula esok kecuali di Johor dan beberapa jawasan di Kuala Lumpur serta Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan di laman Facebook

Menurut Fadhlina, semua sekolah di Johor serta sekolah di bawah PPD Bangsar Pudu, PPD Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Petaling Perdana ditutup pada Isnin susulan situasi jerebu.

Sementara di di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.

“Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah di bawah PPD selain yang dinyatakan turut beroperasi seperti biasa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon agar ibu bapa dan warga sekolah merujuk makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing bagi sebarang perkembangan terkini.

Intipati
  • Sesi persekolahan yang terjejas akibat jerebu kembali beroperasi semula esok, menurut Fadhlina Sidek.
  • Semua sekolah di Johor serta beberapa PPD Kuala Lumpur dan Selangor ditutup Isnin.
  • Ibu bapa dan warga sekolah diminta merujuk makluman rasmi KPM, JPN serta PPD.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan