Siakap Keli

”Rendah Diri Dan Bermurah Hati,” Netizen Terharu Bila Tahu Kebaikan Sering Dilakukan Arwah Pengasas Dnars Skincare

Pemergian pengasas Dnars Skincare, Hajah Faziani Rohban memberi kesan mendalam kepada orang ramai yang rata-rata mencemburui pemergian arwah di dalam bulan mulia ini ketika dalam perjalanan memberi zakat di bulan mulia ini.

Selain dikenali sebagai majikan yang baik hati, Allahyarham Faziani juga turut dikenali sebagai seorang yang rendah diri dan bermurah hati.

Seorang pengguna Instagram, Yanierashid berkata,

“Arwah baru menderma ke tahfiz anak saya melalui kenalan di tahfiz. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Terima atas infaq tersebut. Semoga infaq yang disalurkan arwah menjadi asbab arwah ke syurga. Ameen.” 

 

 

Arwah banyak buat kebaikan

Allahyarham Faziani sering menziarahi dan menyampaikan sumbangan di madrasah tahfiz dan melakukan aktiviti bersama para pelajar di sana.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Dnars Skincare di sekolah tahfiz

View this post on Instagram

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & TAHLIL . DNARS SKINCARE . . JUMAAT . 29 RABIULAWAL 1440H . 7/12/2018 . . Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‎«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ» “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.] . . #RF #sambutanmaulidurrasuldantahlil #hebatdnars

A post shared by Faziani Rohban (@faziani_rohban) on

Terserlah sifat mesra dan keibuan.

Kebaikan tidak mengenal sempadan negara

Sekitar Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin , Al-Quran & Zikir Sempena Perasmian Dnars Indonesia ….bersama Wakil Tunggal Indonesia, pemborong-pemborong Indonesia, anak-anak yatim, keluarga & teman-teman dari Jakarta .

Semoga semua DOA-DOA & HAJAT-HAJAT diterima & dimakbulkan oleh Allah SWT dan dapat membantu golongan yang memerlukan di sini.

Almarhumah tersenyum mesra ketika menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim. (Gambar: Instagram Faziani Rohdan)

Raikan pelajar tahfiz di Yala, Thailand

476 pelajar Tahfiz (100 org terdiri daripada anak-anak yatim)… Ya Allah bahagianya bila lihat mereka memakai serba putih dengan bacaan2 ayat2 Al-Quran yang sungguh syahdu dan merdu… sejuk mata memandang dan telinga yang mendengar.

Ya Allah jangan lalaikan kami dengan duniawi, buang sikap riak dan takbur dalam diri kami…. bersihkan hati kami…sentiasa gerakkan hati kami kearah kebaikan dan jangan lupa diri serta tetapkan hati dan iman kami. .

“Aktiviti bersama anak tahfiz kami di Bentong..”

https://www.instagram.com/p/BgOk0oPnjbs/

“Alhamdullilah … ini lah kebahagiaan kami bila dapat bersama anak-anak tahfiz kami . Semoga Allah permudahkan semuanya, Amin.”

“Kita jaga Allah, Allah jaga kita”

Sering menjamu orang kampung

Selain meraikan anak yatim dan pelajar tahfiz, arwah  juga dikatakan sering menjamu orang kampung.

Hajah Faziani seorang yang merendah diri.
Kata-kata yang terbukti dengan akhlaknya.

Mulia sungguh hatimu Hajjah Faziani. Banyak lagi kebaikannya yang tidak tersenarai di sini. Semoga dengan kebaikan-kebaikannya menjadi asbab rahmat Allah untuk memasukkanmu ke dalam syurga-Nya. Aamiin.

Sumber: Faizani Rohban

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.