Siakap Keli
IG iqbar_hakim

“Ya Allah, Besar Ujianmu Kali Ini “, Anak Pengasas Dnars Skincare Luah Rasa Pilu Kehilangan Ibu Tercinta

Beberapa ketika yang lepas, kita dikejutkan dengan pemergian usahawan kosmetik terkenal, Faziani Rohban Ahmad, pengasas kepada produk kecantikan Dnars Skincare akibat kemalangan jalan raya di Thailand.

Ternyata berita ini amat memeranjatkan dan menyedihkan bagi ramai pihak, namun tiada yang lebih sedih berbanding ahli keluarga Allahyarham sendiri.

Foto: IG iqbar_hakim

Anak sulung arwah melalui akaun Instagram Story-nya, iqbar_hakim berkata bahawa ujian Allah swt ini amat berat untuk ditanggung dan dia tidak mampu.

https://www.instagram.com/p/BxlxfVBlh86/

Akan tetapi, ia disusuli dengan satu lagi kiriman di mana Iqbar memberitahu bahawa dia perlu kuat demi 7 orang adiknya yang lain. Beliau jelas tidak dapat menahan kesedihan kehilangan bonda tercinta di bulan yang mulia ini dan meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

https://www.instagram.com/p/BxlrJntlx2T/

Selain itu, seorang lagi anak kepada mangsa yang menggunakan nama dnarfaziani di Instagram turut meminta orang ramai yang mengenali arwah untuk hadir ke rumah mereka bagi memberi perhormatan terakhir kepada arwah.

Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Menurutnya, arwah adalah seorang wanita yang baik dan murah hati, serta salah seorang yang paling baik pernah dikenali beliau.

Rakan-rakan arwah juga tidak terkecuali dalam memperingati beliau. Antaranya ialah saudara Anas Zahrin yang merupakan pengasas ANAS Cosmetics(ANASism). Menurut beliau, arwah merupakan salah seorang pengasas sangat dikaguminya.

Allahyarham Faziani Rohman Ahmad, 39 tahun telah meninggal dunia dalam kemalangan di Thailand pada pagi ini akibat cedera parah manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42 tahun pula mengalami kecedaraan.

Sumber: IG iqbar_hakim, Twitter @Neelofa, Twitter @AnasZahrin

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi