Siakap Keli
Foto: KYODO

Amaran Letusan Gunung Berapi Tahap 2 Dikeluarkan Bagi Gunung Hakone

Agensi Meteorologi Jepun hari ini telah mengeluarkan amaran letusan gunung berapi tahap 2 di kawasan resort kolam air panas dekat Hakone, Tokyo.

Agensi tersebut telah mempertingkatkan taha amaran kepada skala 2:5 pada Ahad selepas jumlah gempa di kawasan gunung berapi meningkat kepada 45 kali berbanding sifar pada hari sebelumnya.

Tambah mereka lagi, batu-batu vulkanik besar berkemungkinan jatuh di sekitar kawasan lembah yang dinamakan Owakudani dan pihak pengurusan bandar Hokane telah bertindak untuk menutup kawasan itu daripada dimasuki orang ramai.

Langkah berjaga-jaga itu perlu diambil lebih-lebih lagi ia adalah merupakan kali pertama amaran tahap 2 dikeluarkan selepas empat tahun.

Untuk rekod, Gunung Hokane yang terletak kira-kira 80 km di sebelah barat daya Tokyo itu dipercayai meletus dengan kuat buat kali terakhir di antara abad ke-12 dan ke-13 yang lalu.

Namun, pada tahun 2015, satu letusan kecil telah berlaku di mana amaran tahap 3 telah dikeluarkan akan tetapi tiada kemalangan jiwa dicatatkan dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, penduduk di sekitar Hokane diminta bertenang kerana hanya sebahagian kecil dari kawasan itu sahaja dijangka akan terlibat.

Sumber: Kyodo News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi