Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: United Locksmith)

Polis Tahan Guru Bantu Siasatan Kes Cabul,Liwat Di Lawas

LAWAS, 19 Mei (Bernama) — Seorang guru telah ditahan polis untuk membantu siasatan kes gangguan seksual serta liwat membabitkan lima murid lelaki di sebuah sekolah rendah di sini pada tahun 2016.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan di Balai Polis Karamunsing,Kota Kinabalu Sabah pukul 7.30 malam semalam.

“Suspek bertugas di Lawas sejak Jan 2012 hingga sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sambil menyatakan lima pelajar yang menjadi mangsa kini berumur 13 hingga 15 tahun dan kes disiasat di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Abang Zainal berkata, laporan polis telah dibuat pukul 12.01 tengah hari semalam setelah kegiatan suspek tersebut terbongkar pada Sabtu lepas (11 Mei) apabila salah seorang mangsa yang kini bersekolah di sebuah sekolah menengah memberitahu tindakan suspek terhadap dirinya serta empat mangsa lain kepada guru lain.

“Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lawas untuk membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat hari ini,” katanya lagi sambil menambah mangsa mendakwa diraba kemaluan dan diliwat oleh suspek pada tahun 2016.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi