Siakap Keli

Selalu Dengar Bunyi Guli Jatuh Dan Perabot Diseret Atas Rumah, Puncanya Mungkin Bukan Seperti Anda Sangkakan

Jika anda tinggal di apartment ataupun rumah flat, mungkin anda salah seorang daripada rakyat Malaysia yang pernah ‘dihantui’ dengan pelbagai bunyi aneh seperti bunyi guli melantun ataupun perabut rumah diseret.

Walaupun dalam banyak keadaan anda memilih untuk percaya bahawa anda diganggu oleh aktiviti paranormal, namun punca sebenarnya mungkin sedikit lari daripada tanggapan asal anda dan ramai lagi.

Sebenarnya, terdapat jawapan saintifik untuk dua fenomena yang disebutkan diatas dan fenomena ini disebut sebagai water hammer.

Apakah yang dimaksudkan dengan water hammer? Water hammer adalah keadaan dimana air yang bergerak laju di dalam batang paip terhenti secara tiba-tiba akibat injap ditutup sekaligusnya menyebabkan air menghentam dinding batang paip sehingga menghasilkan bunyi aneh.

Manakala bunyi pula bergerak lebih laju melalui pepejal berbanding melalui udara. Mungkin disebabkan itu anda boleh mendengar bunyi-bunyi aneh seperti guli bergolek atau perabot diseret diatas lantai sama ada di tingkat atas atau bawah rumah anda.

Satu lagi, water hammer juga boleh merosakkan alatan-alatan paip sekaligus boleh memberikan bahaya kepada pengguna. Anda boleh menonton video dibawah untuk memahami lebih lanjut mengenai fenomena water hammer.

Sumber: Forbes Marshall

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.