Siakap Keli

Buggati Keluarkan Basikal Paling Ringan, Kelajuan Tertinggi Dunia

Bagi peminat dunia automobil, nama Bugatti pasti sudah tidak asing dengan mereka. Bugatti merupakan salah satu jenama terkenal dari Perancis yang banyak mengeluarkan kereta-kereta laju dan berprestasi tinggi setanding ‘supercar’ seperti Porsche, Ferrari, Lamborghini dan sebagainya.

Bugatti juga telah mengeluarkan beberapa buah jenis lagi kenderaan mewah yang berkelajuan tinggi seperti, Divo, Chiron, dan Veyron.

Bugatti.com
Bugatti.com
Bugatti.com

Terbaru, Bugatti telah mengeluarkan basikal dengan kerjasama daripada pembuat basikal Jerman iaitu PG. PG Bugatti Bike dilaporkan dihasilkan daripada 95% bahan fiberkarbon yang menjadikan basikal ini salah sebuah basikal yang sangat ringan dengan berat hanya sebanyak 4.9 kg sekali gus membolehkan basikal tersebut menghasilkan kelajuan berprestasi tinggi di dunia.

The Telegraph
Road.cc

Di samping itu, reka bentuk basikal ini turut berkonsepkan aerodinamik yang membolehkannya bergerak pada kelajuan maksimum. Paling mengujakan, terdapat tambahan aksesori khas pada rangka basikal ini untuk menggalakkan penyerapan hentakan dan menjadikannya sebagai salah satu basikal yang paling berinovatif pernah dicipta setakat ini.

TheArsenale
MTB Brasilia
The Telegraph

Sejak tahun 2017, hanya sebanyak 667 unit PG Bugatti Bike telah dikeluarkan dan anda boleh modifikasi basikal tersebut mengikut kehendak dan citarasa yang anda minati. Untuk membolehkan anda membuat modifikasi pada basikal, anda hanya perlu membuat tempahan melalui laman Bugatti.com.

BikeRadarMenurut Ketua Pegawai Eksekutif PG Manuel Ostner berkata: “Kami mempunyai visi membina basikal yang setanding dengan sebuah kereta baik dalam segi reka bentuk, mutu kerja dan prestasi.

“Itulah sebabnya kami sangat gembira kerana Bugatti menyokong visi ini, dan kami bangga dapat menggunakan nama jenama luar biasa ini untuk produk kami.”

Basikal ini mula ditawarkan di pasaran dengan harga RM162,000 sahaja bagi setiap unit. Sememangnya, Bugatti tidak pernah mengecewakan pelanggannya dari segi penghasilan produk bukan?

Sumber: Highsnobiety, The Telegraph

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"