Siakap Keli

Kecoh Perkataan Allah Dan Muhammad Dibuang Dari Logo, Kontroversi Ini Pernah Dijelaskan Pihak PDRM

Baru-baru ini, media sosial kecoh dengan isu melibatkan ‘kehilangan’ nama Allah dan Muhammad pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perkara tersebut menjadi tanda tanya kepada masyarakat yang hairan dan ingin mendapatkan kepastian mengenai isu ini.

Logo PDRM tanpa nama Allah dan Muhammad jelas tidak kelihatan dibeberapa logo seperti yang terdapat di kereta peronda polis dan juga portal rasmi Sistem Semakan Online (SSO).

Namun begitu, hal ini disebabkan oleh alasan yang tertentu dan penjelasannya pernah dinyatakan dalam satu kenyataan rasmi melalui akbar Harian Metro pada tahun 2015.

PDRM mengambil langkah untuk mengklasifikasikan penggunaan logo PDRM bagi mana-mana penggunaan dan urusan.

Bagi logo PDRM yang mempunyai nama Allah dan Muhammad, logo tersebut hanya boleh digunakan pada bendera, papan tanda dan tempat-tempat yang tinggi sahaja.

Logo PDRM yang tidak mempunyai nama Allah dan Muhammad pula dibenarkan untuk digunakan dalam urusan percetakan.

PDRM juga menegaskan agar logo PDRM dengan kalimah Allah dengan tanda bacaan sabdu perlu dihindari kerana menyerupai tanda salib.

Sumber: Twitter, Harian Metro

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa