Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pemberian bonus raya RM500 kepada kakitangan awam di negeri itu.
Pemberian bonus ini akan melibatkan kira-kira 21,021 kakitangan awam di negeri Sabah. Kerajaan negeri akan menyalurkan bonus tersebut dalam masa yang terdekat. Walaupun kewangan bagi negeri Sabah tidaklah begitu baik, bonus raya kira-kira RM10.5 juta ini diberikan setelah mengambil kira rintangan yang dihadapi oleh penjawat awam pada masa kini.
Pemberian bonus raya sebanyak RM500 ini akan dapat membantu kakitangan awam negeri itu untuk membuat persediaan raya. Diharapkan penjawat awam di Sabah dapat memanfaatkan bonus tersebut dengan sebaik mungkin.
Sumber: Bernama, Sabah Post