Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Empat Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah sementara di keseluruhan kawasan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinya, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Sementara di Pahang Pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, dan Raub.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang, Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah, kawasan yang terlibat seperti Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Semporna) Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia