Siakap Keli
abu dhabi Pejalan Kaki Penyaman Udara
Gambar: Khaleej Times

Abu Dhabi Cipta Laluan Pejalan Kaki Penyaman Udara Pertama Di Dunia

Abu Dhabi Cipta Laluan Pejalan Kaki Penyaman Udara Pertama Di Dunia

ABU DHABI — Abu Dhabi memperkenalkan laluan pejalan kaki luar berpenyaman udara pertama di dunia sepanjang 70 meter di Al Mamoura, lapor Khaleej Times.

Dibuka pada akhir Disember tahun lalu oleh Jabatan Perbandaran dan Pengangkutan (DMT), projek perintis ini dibangunkan setahun selepas proses reka bentuk dan pembinaan.

Laluan ini bertujuan menyediakan pengalaman berjalan kaki yang lebih mesra kepada pejalan kaki sepanjang tahun meskipun ketika musim panas yang ekstrem.

Difahamkan, laluan yang terletak di antara deretan kafe dan pejabat ini dilengkapi sistem penyejukan di bawah lantai, dinding pengurang bunyi, dan bumbung khas yang menapis cahaya matahari sambil mengurangkan haba (suhu).

Dapat mengekalkan suhu pada 24 darjah Celsius

Gambar: myabudahbi.ae

“Setiap elemen laluan ini direka dengan tujuan tertentu.

“Bumbung membenarkan cahaya semula jadi masuk sambil mengekalkan suhu yang lebih sejuk, manakala dinding direka untuk menyekat bunyi bising dari luar. Sistem penyejukan di lantai pula meningkatkan keselesaan pejalan kaki,” kata Hamda Al Hashemi, Pengarah Bahagian Reka Bentuk Bandar DMT.

https://www.instagram.com/reel/DFfM28-ThY2/?utm_source=ig_embed&ig_rid=2a25396e-75f5-4b4b-8723-c39a039f9925

Tambahnya, pasukan arkitek dan pereka landskap DMT telah merancang laluan ini dengan teliti untuk memastikan ia bukan sahaja berfungsi, malah memberikan keselesaan optimum kepada pengguna.

Idea pembinaan laluan ini tercetus daripada hasrat kepimpinan Abu Dhabi untuk menjadikan bandar itu lebih mesra pejalan kaki, terutamanya ketika musim panas.

“Kami mengambil inspirasi daripada konsep serupa di Doha, dan yakin pendekatan ini mampu memberi impak positif kepada komuniti,” katanya lagi.

Al Mamoura dipilih sebagai lokasi pertama projek ini kerana kawasan tersebut sudah mempunyai jumlah pejalan kaki yang tinggi, terutama antara pejabat dan kafe berdekatan.

“Lokasi ini membolehkan kami memantau keberkesanan laluan sepanjang tahun sebelum memperluaskan inisiatif ini ke kawasan lain,” katanya.

Walaupun laluan pertama ini menggunakan sistem penyejukan konvensional, DMT kini dalam perancangan untuk menerapkan teknologi tenaga solar dan elemen reka bentuk hijau dalam projek masa depan, sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap kelestarian.

Dengan suhu musim panas yang sering melebihi 45 darjah Celsius di Emiriah Arab Bersatu (UAE), pembinaan laluan seumpama ini dijangka menjadi penyelesaian penting untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan pejalan kaki.

Sumber: Khaleej Times

BACA: Arab Saudi Mulakan Projek Pembinaan Bangunan Dijangka Terbesar Di Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.