Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Bangunan terbesar dunia Arab Saudi
Sumber: PIF via YouTube

Arab Saudi Mulakan Projek Pembinaan Bangunan Dijangka Terbesar Di Dunia

Hannah

Arab Saudi Mulakan Projek Pembinaan Bangunan Dijangka Terbesar Di Dunia

Arab Saudi kini telah rasmi memulakan projek pembinaan Mukaab, bangunan yang dijangka terbesar di dunia.

Menurut The Economic Times, Mukaab mencapai ketinggian 1,300 kaki dengan keluasan 1,200 kaki.

Meliputi 2 juta kaki persegi untuk ruang makan mewah, runcit, pejabat serta kediaman, projek ini menelan kos pembinaan kira-kira $50 bilion.

Bukan itu sahaja, bangunan besar yang terletak di bandar Riyadh ini juga dipercayai mampu memuatkan sehingga 20 bangunan Empire State di dalam ruangnya.

Bangunan Mukaab ini turut merangkumi 104,000 unit kediaman dan 9,000 bilik hotel, mewujudkan kawasan pusat bandar yang serba moden.

Direka dengan pendekatan ‘mesra pengguna’, Mukaab memastikan ruang hijau berada dalam jarak 15 minit dari mana-mana lokasi dalam bangunan.

Selain itu, Syarikat Pembangunan New Murabba merancang untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengalaman pengunjung.

Ini termasuk paparan skrin gergasi di bahagian luar yang menyerupai Sphere di Las Vegas.

BACA: Arab Saudi Bina Kereta Kabel Ke Gua Hira

Rekaan Mukaab diinspirasikan oleh ekologi tempatan dan seni bina tradisional wilayah itu.

Struktur ini meniru bentuk wadi, iaitu lembah sungai kering, dengan laluan berliku yang dihiasi bangunan kecil di sekelilingnya.

Bentuk persegi Mukaab mencerminkan seni bina Najdi yang terkenal dengan binaan batu bata tanah, tingkap segi tiga dan halaman tengah.

Mukaab dijangka menyumbang lebih $51 bilion kepada ekonomi Arab Saudi, selain mewujudkan sekitar 334,000 peluang pekerjaan, melibatkan 900 pekerja.

Untuk info, projek ini adalah sebahagian daripada pr0jek mega di Arab Saudi yang dijangka siap menjelang 2030.

Projek lainnya termasuklah bandar pelabuhan terapung Oxagon, destinasi pelancongan pergunungan Trojena dan bandar futuristik NEOM.

Selain itu, projek The Line yang sepanjang 105 batu turut dirancang untuk menampung 9 juta penduduk dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui.

Semua projek ini diharap akan membawa perubahan besar dalam landskap ekonomi Arab Saudi.

BACA: Arab Saudi Bakal Bina Taman Tema Dragon Ball Pertama Di Dunia

BACA: Arab Saudi Pasang Jalan Asfalt Di Sekitar Arafah, Boleh Kurangkan Suhu Panas

Sumber: The Economic Times