Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jalan masjid namirah di arafah
Kredit: RGAsaudi

Arab Saudi Pasang Jalan Asfalt Di Sekitar Arafah, Boleh Kurangkan Suhu Panas

Azizah Najib

Arab Saudi Pasang Jalan Asfalt Di Sekitar Arafah, Boleh Kurangkan Suhu Panas

Arab Saudi dilapor telah memperluaskan inisiatif jalan asfalt yang mampu menyejukkan suhu sehingga ke Masjid Namirah di Arafah, lapor Arab News.

Menurut Kementerian Pengangkutan bagi Operasi Jalan Raya dan Penyelenggaraan Arab Saudi, kawasan seluas 25,000 meter pesergi di masjid berkenaan kini ditutupi dengan turapan asfalt yang mampu menyejukkan permukaan itu.

Difahamkan, bahan turapan yang digunakan menyerap radiasi solar lebih rendah berbanding bahan turapan biasa.

turap jalan gunakan asfalt
Kerja-kerja penurapan jalan dengan asfalt. Gambar: Roads General Authority Saudi

Dengan turapan tersebut, kawasan sekitar Masjid Namirah kini lebih sejuk dan memberikan keselesaan keapda para jemaah haji.

Menurut Arab News, jemaah haji dijadualkan akan berkumpul di kawasan sekitar Masjid Namirah untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar pada hari kedua haji.

Jalan dengan turapan biasa akan menyerap haba pada waktu siang sehingga boleh mencapai suhu 70 darjah celcius. Haba-haba berkenaan akan disimpan dan dibebaskan pada waktu malam.

Keadaan itu akan menghasilkan fenomena yang dikenali sebagai ‘kesan pulau haba bandar’ yang seterusnya akan meningkat penggunaan tenaga untuk penyejukan dan pencemaran.

BACA: Anggota Polis Ditemui Mati Dalam Tandas Hentian R&R

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana asfalt berfungsi sehingga boleh menurunkan haba hanya melalui turapan jalan, kan?

Untuk ketahui lebih lanjut, ikuti penjelasan ringkas dari perkongsian di bawah.

Bagaimana asfalt berfungsi untuk kurangkan haba di jalan?

Rupa-rupanya, beberapa orang penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pernah membuat kajian berkenaan strategi penyejukan turapan asfalt.

Kajian ini mendapati ada dua konsep strategi utama penggunaan teknik turapan asfalt. Konsep pertama ialah pantulan dan yang kedua telap air.

BACA: Saya Terima Khabar Kematian Isteri Di Depan Kaabah – Suami

Turapan yang menghasilkan pantulan meningkatkan jumlah haba yang dipantulkan dari permukaan. Stategi ini bukan sahaja menjimatkan kos malah dapat mengurangkan kesan pulau haba bandar dengan mengurangkan suhu jalan.

Apa pun, tindakan Arab Saudi untuk menangani masalah ini sememangnya bijak.

BACA: Penerbangan Terus KL-Labuan Bajo Bermula September Depan

Sumber: Roads General Authority Saudi, Arab News