Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Bernama

Saya Terima Khabar Kematian Isteri Di Depan Kaabah – Suami

Azizah Najib

Saya Terima Khabar Kematian Isteri Di Depan Kaabah – Suami

MAKKAH, 14 Jun (Bernama) — Suami kepada jemaah haji Malaysia kelima yang meninggal dunia di Tanah Suci, Mohd Azmil Abdul Hamid menerima khabar duka mengenai kematian isterinya Zuraida Mohd Haris, sebaik selesai melakukan tawaf sunat dan selesai mendoakan pengakhiran yang baik untuk isterinya.

Mohd Azmil, 38, dari Marang, Terengganu berkata sebaik habis mengerjakan tujuh pusingan, dia yang ketika itu masih berada di depan Kaabah telah menerima panggilan dari pihak TH memaklumkan tentang berita kematian isterinya pada 8.15 malam yang disambutnya dengan reda.

“Dua jam sebelum itu, saya sempat pergi ke depan Kaabah membuat tawaf sunat dan doa bersungguh-sungguh untuk pengakhiran yang baik buat isteri.

“Selesai tawaf terakhir itu, saya tadah tangan memohon kepada Allah merupakan sebaik-baik perancang. Andai kata Allah pulihkan isteri saya itu alhamdulillah. Tetapi jika Allah lebih sayangkan isteri saya, Tanah Suci Makkah ini adalah sebaik-baik tempat untuk isteri saya. Ini doa saya depan Kaabah,” katanya yang kelihatan masih bersedih dengan kehilangan itu.

BACA: Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Seminggu sebelum itu katanya, dia bersama isteri berusia 37 tahun yang juga seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama, Kampung Pandan demam selepas selesai mengerjakan umrah kedua dan sejak itu keadaan kesihatan isterinya semakin merosot.

“Kami terus ke klinik maktab, namun atas nasihat doktor, dia terus dikejarkan ke Hospital King AbdulAziz. Ketika itu, isteri minta saya temankan dan saya duduk dalam ambulans yang membawa isteri ke hospital,” katanya kepada petugas media di hotel penginapannya baru-baru ini.

seorang lagi jemaah haji meninggal
Gambar: BERNAMA

Bagaimanapun selepas itu, isterinya berada dalam keadaan tidak sedar dan pihak hospital telah melakukan imbasan untuk mengetahui keadaannya namun keesokannya dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa jantung Zuraida terhenti enam minit menyebabkan doktor terpaksa membuat pembedahan segera di bahagian otak.

Dia difahamkan kebiasannya pesakit akan sedar dalam tempoh 24 jam selepas pembedahan itu, namun isterinya berterusan berada dalam keadaan koma selama enam hari.

BACA JUGA: Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Ketika Tawaf

“Sepanjang dia koma, saya sentiasa melawat dan baca doa supaya dia pulih. Tetapi bila doktor memaklumkan bacaan tekanan darah makin rendah dan ketika itu saya mula reda lebih-lebih lagi dimaklumkan bahawa isteri saya akan pergi pada bila-bila masa,” katanya.

Untuk bakti yang terakhir sebagai suami, dia sempat menghantar jenazah ke Masjidil Haram selepas dimandikan dan menunaikan solat jenazah di masjid berkenaan sebelum menyambutnya di liang lahad di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram untuk dikebumikan.

Mohd Azmil yang telah mendirikan rumahtangga selama 12 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun menyifatkan Allahyarham seorang isteri yang taat kepada suami serta guru yang baik.

Katanya, Zuraida sanggup mengajar anak muridnya sehingga lewat malam secara dalam talian menyebabkan dia amat disayangi sehingga ada yang menangis sebaik dimaklumkan mereka berdua akan berangkat menunaikan haji baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta pengurusan tertinggi TH juga sempat menyantuni Mohd Azmil bersama empat lagi waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci dalam lawatan di Hotel Land Premium baru-baru ini.

Sumber: Bernama