Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan terhadap beberapa daerah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis, Johor.

Beberapa Negeri Diramal Hujan Lebat

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Baling, Sik, Kuala Muda, Kubang Pasu, Padang Terap, Langkawi, Kulim, Bandar Baharu, Kota Setar dan Pokok Sena. Manakala di Pulau Pinang seperti Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

“Selain itu di Perak melibatkan kawasan Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan Kerian. Terengganu pula Kemaman dan Dungun.

“Di Pahang termasuk Rompin, Kuantan dan Jerantut. Negeri Sembilan melibatkan kawasan Tampin, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol. Sementara di Johor hanya daerah Segamat.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sarikei, Mukah, Kuching (Kuching), Sibu, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi), Limbang, Serian, Sri Aman (Pantu).

“Di Sabah melibatkan Pedalaman (Keningau, Membakut, Beaufort, Sipitang, Tambunan, Kuala Penyu, Pensiangan dan Tenom), Kudat, Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Paitan dan Kinabatangan),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 6 petang.
  • Amaran melibatkan 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan, termasuk Perlis secara menyeluruh.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan