Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Meminta Maaf Tidak Pernah Menjadikan Kita Hina" - Coretan Rahim Buat Shuib Undang Sebak

rahim
Kredit: Instagram rahimr2

“Meminta maaf tidak pernah menjadikan kita hina”

Itulah antara coretan panjang yang ditinggalkan pelakon dan pelawak, Rahim Sepahtu buat sahabatnya Shuib.

Ia susulan permohonan maaf secara terbuka yang dilakukan pelawak berusia 42 tahun itu terhadap Jep.

Dalam satu klip video yang dimuat naik itu, dia mengakui kesilapannya dan memberikan penjelasan berhubung perkara.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai termasuklah Rahim Sepahtu atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali.

Lebih menyentuh hati adalah coretan yang ditinggalkan Rahim dalam ruangan komen buat sahabatnya.

Rahim Titip Pesan Buat Sahabat

“Jika kita sedar kita akan kehilangan seseorang kerana kesilapan kita sendiri…Jangan biarkan ego menjadi perkara terakhir yang memisahkan kita.

“Kerana ada “maaf” yang mungkin tidak mampu mengembalikan masa, tetapi mampu membuat hati seseorang tahu… bahawa kita benar-benar menyesal. Meminta maaf tidak pernah menjadikan kita hina.

“Kadang-kadang, sebuah “maaf” adalah tanda bahawa hati kita masih punya rasa, jiwa kita masih punya kesedaran, dan kita masih menghargai seseorang yang pernah kita sakiti.

“Kerana manusia yang paling mulia bukan manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan…

“Tetapi manusia yang apabila tersedar telah tersilap, dia berani mengaku, berani meminta maaf dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi,” titip Rahim dalam ruangan komen klip berkenaan.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Rahim Sepahtu meninggalkan coretan panjang buat Shuib selepas permohonan maaf terbuka kepada Jep.
  • Shuib mengakui kesilapannya dan memberi penjelasan menerusi satu klip video yang dimuat naik.
  • Rahim menegaskan meminta maaf bukan kehinaan, tetapi tanda penyesalan dan kesedaran diri.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan