Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kau Adalah Tinta Bangsa”, Ucapan Penghormatan Buat A. Samad Said Undang Sebak

TINTA
Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said

Pemergian Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said terus mengundang ucapan penghormatan dan kenangan daripada orang ramai, termasuk pengguna media sosial yang mengenang sumbangan serta perjuangannya sepanjang hayat.

Iklan
Perkongsian Threads hafizrayyan__

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna akaun @hafizrayyan__ menitipkan penghargaan kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai sahabat setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melalui pelbagai detik sukar.

Menurutnya, A. Samad Said turut menjadikan puisi sebagai wadah perjuangan dalam menyuarakan penentangan terhadap kezaliman yang berlaku kepada rakyat.

“Terima kasih kerana menjadi peneman setia Anwar Ibrahim ketika melalui hari hari sukar.

“Terima kasih kerana menjadikan puisi sebagai senjata ketika melawan mereka yang menzalimi rakyat dan mereka yang menzalimi Anwar Ibrahim khususnya.

“Terima kasih kerana setia bersama dalam perjuangan ini hingga ke nafas terakhir.

“Selamat berehat, Pak A. Samad Said. Sahabat setia, teman sejati.

“Al Fatihah,” tulisnya.

Perkongsian Threads hafizrayyan__

Dalam perkongsian lain, pengguna sama turut mengenang karya puisi Allahyarham yang pernah menjadi sumber rujukannya ketika di bangku sekolah.

Malah, dia turut berkongsi kenangan zaman kanak kanak apabila pernah membayangkan A. Samad Said seperti watak Gandalf The Grey atau Dumbledore kerana penampilannya yang tersendiri.

“Setuju. Ketika saya bersekolah, puisinya banyak menjadi sumber rujukan.

“Semasa kecil juga, saya selalu terfikir sama ada beliau Gandalf The Grey atau Dumbledore.

“Tetapi beliau tetap satu satunya, A. Samad Said. Pejuang rakyat sebenar. Teman sejati Pak Anwar Ibrahim.

“Al Fatihah,” katanya.

Kredit: Threads fedtriyahya

Sementara itu, pengguna Threads @fedtriyahya turut menitipkan kata kata penghormatan buat Allahyarham dengan menyifatkannya sebagai insan yang banyak menyumbang ilham dan menjadi sebahagian daripada khazanah bangsa.

“Kau hadir di bumi ini dengan sejuta ilham. Kau adalah tinta bangsa. Menulis untuk mengukir tamadun.

“Damailah di sisi Pencipta Yang Maha Pengasih. Karyamu kekal menjadi saham indah sebagai bekalan menuju syurga.

“Sasterawan Negara Datuk Seri Dr. A. Samad Said,” kongsi pengguna itu.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada pukul 6.10 petang selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu disahkan anak keduanya, Helmy Abdul Samad menerusi perkongsian di Threads.

“6.10 (petang). Innalillahi wainnailaihi rojiun. Bapa baru meninggal,” tulisnya ringkas.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke wad HKL pada petang sehari sebelum pemergiannya akibat sakit tua, selain menghidap diabetes dan jangkitan paru paru.

A. Samad Said atau nama penuhnya Abdul Samad Mohamed Said, 91, dilahirkan di Melaka dan merupakan Sasterawan Negara keempat yang menerima pengiktirafan berkenaan pada 1985.

Intipati
  • Pemergian A. Samad Said mengundang ucapan penghormatan dan kenangan pengguna media sosial.
  • Beberapa pengguna Threads mengenang karya puisi, perjuangan dan sumbangannya kepada khazanah bangsa.
  • Anaknya mengesahkan Allahyarham meninggal dunia pada 6.10 petang di Hospital Kuala Lumpur.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan