Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Aku Mohon Maaf…” Shuib Buka Mulut, Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Jep

Shuib Mohon Maaf
Kredit: Shuib Sepahtu

Selepas lebih seminggu berdiam diri, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung kemelut yang berlaku antara dirinya dengan Jep Sepahtu.

Dalam kenyataannya, Shuib mengakui tempoh berkenaan bukan mudah kerana bukan dirinya sahaja, namun isterinya, Watie dan anak-anak serta perniagannya berdepan kecaman, makian dan hinaan daripada orang ramai.

Justeru, Shuib mengambil keputusan untuk menjelaskan beberapa perkara yang menjadi perhatian ramai, selain menyampaikan permohonan maaf secara terbuka kepada Jep.

Menurut Shuib, dia sebenarnya sudah menghubungi Jep menerusi WhatsApp pada awal pagi 9 Oktober, kurang 24 jam selepas kenyataan sahabatnya itu dikeluarkan.

Shuib Mohon Maaf Kepada Jep

Mesej berkenaan dihantar bagi memohon maaf atas kekhilafannya bersama Mamat Sepah yang menyindir Jep ketika muncul dalam episod Dol's Podcast bersama Azli Senario.

“Saya nak maklumkan yang tak sampai 24 jam iaitu pada 1.51 pagi Jumaat, saya telah pun Whatsapp Jep dengan penuh rendah diri memohon maaf di atas kekhilafan saya dan juga Mamat, menyindir dia di Dol's Podcast, episod bersama dengan Azli Senario.

“Saya kira dia telah pun terima Whatsapp tersebut dan mungkin telah membacanya,” katanya.

Dia turut meluahkan rasa kesal atas perkara tersebut dan mengakui kesilapan dalam berkata-kata sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Mengenang persahabatan mereka, Shuib berkata semua kenangan antara mereka adalah pengalaman yang paling indah dala hidupnya yang akan dia terus simpan dan kenang.

“Kita kenal dekat 20 tahun, hampir separuh daripada hidup aku. Aku takkan boleh menidakkan kenangan yang telah pun kita bina selama ini.

“Selama kita bekerjasama, susah senang yang kita pernah lalui, kejayaan yang pernah kita capai dan ianya akan aku simpan sebagai kenangan yang paling indah dalam hidup aku.

“Aku minta maaf, aku minta maaf, aku minta maaf di atas kekhilafan dan juga keegoan aku,” luahnya.

Ujarnya lagi, dia berharap agar permasalahan diantara dirinya dan Jep dapat diselesaikan dengan baik, disamping turut mendoakan agar urusan Jep dan keluarnya dipermudahkan.

Dalam kenyataan sama, Shuib juga menjelaskan perkembangan pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh syarikat BubbleBee.

Menurutnya, syarikat berkenaan kini sedang membuat pembayaran secara ansuran selama 10 bulan bermula Januari 2026, dengan baki tempoh pembayaran dijangka mengambil masa 14 bulan lagi.

“Alhamdulillah, Bubblebee telah pun membuat bayaran anusran selama 10 bulan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula Januari 2026 sampailah sekarang.

“Dan InsyaAllah, akan berbaki lagi 14 bulan,” jelasnya.

Pada masa sama, Shuib turut memohon maaf kepada orang ramai yang berasa kecewa dengan tindakannya ketika muncul dalam podcast berkenaan.

Dia mengakui dirinya bukan manusia sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, selain berharap permohonan maaf tersebut dapat diterima.

Malah, Shuib turut memaafkan mereka yang mengecam, menghina atau memfitnah dirinya, isteri, anak-anak, keluarga serta perniagaannya sepanjang kemelut itu menjadi perhatian umum.

Dia bagaimanapun merayu agar orang ramai berhenti membuat andaian, mengeluarkan kata-kata kesat atau menyebarkan dakwaan tidak benar terhadap ahli keluarganya.

“Berhentilah membuat apa-apa lagi andaian, kecaman, makian mahupun fitnah atas saya, kepada isteri saya, anak-anak, keluarga saya dan juga perniagaan saya.

“Sepah Penyet, BubbleBee, Nusara Foods, Sambal Hitam adalah perniagaan yang sah, halal. Dan inilah dia, sumber pendapatan keluarga saya sekarang,” ujarnya.

Menurutnya, hasil perniagaan tersebut juga digunakan untuk melunaskan hutang syarikat BubbleBee, justeru dia berharap orang ramai tidak memboikot perniagaannya kerana perselisihan yang berlaku.

Dia turut menegaskan bahawa dirinya bertanggungjawab atas kesilapan tersebut dan tidak mahu isteri serta anak-anaknya menerima tempias perkara yang tidak mereka lakukan.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Shuib memohon maaf kepada Jep atas sindiran dalam Dol's Podcast bersama Mamat Sepah.
  • Beliau berkata sudah menghantar mesej WhatsApp kepada Jep pada awal pagi 9 Oktober.
  • Shuib menjelaskan BubbleBee sedang membayar ansuran KWSP, dengan baki dijangka 14 bulan lagi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan