Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Didakwa Gagal Tangani Kebakaran Hutan, Menteri Perhutanan Indonesia Anggap Kritikan ‘Vitamin’

Menteri Perhutanan Indonesia Anggap Kritikan ‘Vitamin’
Kredit: Kementerian Perhutanan Indonesia

Menteri Pertahanan Perhutanan Indonesia, Raja Juli Antoni menyifatkan kritikan dan desakan beliau meletakkan jawatan sebagai 'vitamin' untuk bekerja lebih keras dalam menangani krisis kebakaran di Kalimantan.

Memetik detiknews, sekumpulan anak muda di Palangka Raya menggesa beliau berundur kerana menganggap usaha menangani kebakaran hutan dan tanah masih belum membuahkan hasil yang nyata.

Bagaimanapun, Raja Juli menegaskan bahawa beliau akan terus menjalankan tugas bagi menangani kebakaran serta jerebu yang menjejaskan kehidupan masyarakat setempat.

Menurutnya, kerajaan pusat dan kerajaan tempatan memahami kesukaran penduduk yang terpaksa berdepan pencemaran udara akibat jerebu sejak kira-kira tiga bulan lalu.

“Kami daripada kerajaan pusat mahupun kerajaan tempatan sangat bersimpati dengan masyarakat yang terdedah kepada asap sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keadaan tersebut mendorong pihaknya untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, bukannya mengabaikan kesusahan yang ditanggung penduduk akibat bencana berkenaan.

Menteri Perhutanan Indonesia Anggap Kritikan ‘Vitamin’

Raja Juli berkata, usaha menangani kebakaran perlu dipertingkatkan, terutama di kawasan yang masih berisiko mengalami kebakaran dan terus menyumbang kepada masalah jerebu.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa dirinya terbuka menerima teguran masyarakat, termasuk kritikan keras yang boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki kelemahan kerajaan.

“Kritikan, cadangan, malah kritikan pedas sekalipun kami terima sebagai vitamin untuk bekerja dengan lebih keras lagi,” katanya.

Beliau turut meminta sokongan seluruh masyarakat supaya semua pihak dapat berganding bahu menghadapi bencana yang telah menjejaskan kehidupan penduduk itu.

Terdahulu, sekumpulan anak muda mengadakan bantahan di hadapan hotel penginapan Raja Juli pada malam 12 Oktober bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pengendalian kebakaran hutan.

Mereka berpandangan bahawa usaha menangani kebakaran di Kalimantan Tengah masih belum menunjukkan hasil yang meyakinkan, selain menggesa kerajaan pusat mengambil tindakan lebih tegas.

Seorang wakil kumpulan berkenaan, Aris, turut secara terbuka meminta Raja Juli meletakkan jawatan sekiranya beliau gagal mengemukakan penyelesaian konkrit terhadap masalah kebakaran hutan di wilayah itu.

“Kalau tidak mampu menjadi menteri, lebih baik letak jawatan sahaja sebagai Menteri Perhutanan,” tegas Aris ketika menyertai bantahan tersebut.

Intipati
  • Raja Juli Antoni menyifatkan kritikan dan desakan berundur sebagai vitamin untuk bekerja lebih keras.
  • Anak muda di Palangka Raya mendakwa usaha menangani kebakaran belum menunjukkan hasil meyakinkan.
  • Beliau berkata kerajaan bersimpati terhadap penduduk terjejas jerebu sejak kira-kira tiga bulan lalu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan