Siakap Keli

NJOI Sampai Happy, Ini Sebab Kenapa Korang Kena Langgan Pek Aneka NJOI Prepaid Sekarang

Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi, korang mesti nak tengok drama, filem dan dokumentari yang menarik dekat TV kan. Rasanya tak perlu lagi nak terangkan panjang lebar tentang NJOI Prepaid ini. Ramai daripada kita dah mula seronok pakai NJOI Prepaid. Salah satu kelebihan NJOI Prepaid ialah tiada bayaran bulanan dan hanya perlu bayar sekali sahaja seumur hidup. Melainkan korang nak beli saluran atau filem-filem yang tiada dalam pakej NJOI Prepaid, korang cuma beli prabayar dan tambah nilai pada akaun NJOI Prepaid korang dan beli kat Saluran 200. Senang je kan

Selain tanpa bayaran bulanan, NJOI Prepaid juga menyediakan 49 saluran percuma untuk anda termasuk saluran tv dan juga radio dan turut disertakan 12 bulan jaminan sekiranya berlaku sebarang kerosakkan terhadap dekoder korang tu. Bagus kan?

Sempena bulan Syawal yang bakal tiba tak lama lagi, NJOI Prepaid ada menawarkan promosi Ramadan Raya. Apa yang korang dapat dalam promosi ini? Korang akan dapat ekstra kredit RM10 dengan setiap pembelian Pek Aneka. Tawaran sah dari 14 Mei sehingga 14 Jun 2019.

Apa pula istimewanya Pek Aneka ini? Jika korang beli Pek Aneka ini, korang akan dapat 5 saluran dalam satu pek termasuk saluran Naura, Astro Citra, Astro Warna, Nat Geo Wild dan juga Animal Planet. Korang juga boleh gunakan kredit ekstra RM10 tadi untuk dapatkan saluran Astro Ria yang menyediakan pelbagai program Hari Raya yang sesuai ditonton seisi keluarga. Selain itu juga, NJOI Prepaid ada buat promosi NJOI Sampai Happy dimana korang boleh jimat sehingga RM5 kalau korang perbaharui  saluran 30 hari korang bermula sekarang.

Banyak program menarik di bulan Ramadan dan Hari Raya nanti. Antaranya kisah penghijrahan Alia Kim di saluran Naura, Memori Ramadan Chef  Wan dan Curi-Curi Cinta semua ini ditayangkan di Astro Ria. Korang boleh juga gelak ketawa sampai pecah perut bersama kumpulan pelawak terkenal, Sepahtu dalam sitkom Sepahtu Reunion Al-Puasa dan Sepahtu Reunion Raya Gear 5 di Astro Warna.

Rancangan hiburan nyanyian juga tak kurang hebatnya, korang boleh tonton Gegar Vaganza Raya Muzika, Geng Big Stage Beraya dan Meletop Raya yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa.

Tambahan lagi, Astro Ria juga turut menayangkan filem-filem Box Office tempatan seperti Hantu Kak Limah 2, Polis Evo 2, Dukun, Munafik 2 dan Cik Reen Cik Ngok Ngek Raya. Nak lagi banyak filem? Jom top up online dan langgan filem-filem menarik di Astro First dan Astro Best. Untuk melanggan boleh terus ke saluran 200.

 

Jadi tunggu apa lagi, tak NJOI la beraya kalau tak dapatkan Pek Aneka ini. Jom tambah nilai sekarang dan nikmati pelbagai promosi serta program menarik hanya di NJOI Prepaid bulan Ramadan dan Syawal ini. Untuk pembeli sila ke saluran 200 dan untuk tambah nilai secara Online boleh terus ke Pautan ini NJOI Prepaid.

Untuk maklumat boleh klik NJOI Prepaid. Info lebih lanjut tentang Pek Aneka pula boleh klik Promosi Pek Aneka  dan untuk promosi terbaru dari NJOI Prepaid klik NJOI Sampai Happy. Korang juga boleh tambah nilai secara online di SINI





Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)