Siakap Keli
Gambar: Maukerja

Kecoh Bil Elektrik Melambung Tinggi, TNB Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Sejak dua menjak ini, media sosial kecoh dengan aduan dan rungutan yang dibuat oleh rakyat Malaysia yang rata-ratanya pelanggan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Aduan yang dibuat adalah berikutan mereka mendakwa bil elektrik yang dikenakan pada mereka meningkat walaupun tahap penggunaan sama seperti bulan-bulan yang sebelumnya.

Lantaran menerima tamparan hebat daripada pengguna, TNB Careline tampil mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan isu yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut TNB, jumlah bil elektrik yang perlu dibayar adalah berdasarkan bacaan meter.

Pelanggan yang dihargai,

Jumlah bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter. Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan.

Sebagai contoh:
Tempoh pembilan = 35 hari
Fator prorata dikira: 35/30 = 1.1667
Jumlah unit digunakan: 452 kWh

Berdasarkan kepada pengiraan prorata di bawah, pengguna dapat menikmati 233 kWh (unit) pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.

Untuk pertanyaan berkaitan bil atau akaun, anda boleh menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454
atau melayari laman web TNB di www.tnb.com.my/faq/bm-pengebilan.

Terima kasih.

No photo description available.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pengguna boleh menikmati kadar bayaran terendah iaitu RM0.218 pada 233 kWh (unit) dan caj yang dikenakan adalah RM50.79 secara prorata. Walau bagaimanapun, pengguna yang masih mengalami kekeliruan mengenai bil atau akaun boleh menghubungi pihak TNB untuk penjelasan lanjut.
Sumber: TNB Careline

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa