Rakyat Malaysia pastinya mengenali Dato Sri Najib Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia yang sekarang dilihat lebih aktif bersama rakyat di seluruh negara. Walaupun tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negara, namun bekas pemimpin ini tetap menjadi sambutan kepada orang ramai. Beliau juga sering menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk berhubung dengan rakyat.
Menerusi hantaran beliau melalui akaun Twitter baru-baru ini, ramai netizen yang terhibur dengan ‘pick up line’ yang dihasilkan boleh beliau.
“Hujan mencurah jatuh ke bumi
Tapi saudara-saudari semua jatuh ke hati saya”
Hantaran tersebut telah dimuat naik bersama foto yang memaparkan beliau meluangkan masa bersama rakyat ketika melawati bazar Ramadhan yang terdapat di Kg. Baru.
Tahu tak apa beza kamu dengan hujan?
Hujan mencurah jatuh ke bumi.
Tapi saudara-saudari semua jatuh ke hati saya.
Senyum sikit ok?
Selamat berbuka puasa!
😊😊😊 pic.twitter.com/ni8X8VeALN
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 24, 2019
Hantaran yang mendapat 3.4K tanda suka itu menghiburkan rata-rata netizen di Twitter. Melalui ruangan komen, ramai yang memuji bekas pemimpin itu melalui “pick up line” yang dihasilkan.
“Perghh pick up line dia”
“Pencuri hati rakyat”
“Amboiiii ayat berbunga bunga”
“Jarang tak padu”
Menerusi hantaran beliau tersebut, Najib Razak tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berbuka puasa kepada rakyat Malaysia yang mengikutinya di dalam laman Twitter.
Sumber: Mohd Najib Tun Razak