Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penceramah Promosi Klorin Dioksida Antara Yang Berucap Di Resort Golf Trump

Azizah Najib
penceramah peluntur rawatan kesihatan
Kredit: Trump International Golf Club

Penceramah Promosi Klorin Dioksida Antara Yang Berucap Di Resort Golf Trump

Florida – Penceramah yang mempromosi bahan kimia klorin dioksida sebagai rawatan kesihatan, Andreas Kalcker merupakan salah seorang daripada 50 jemputan Persidangan Pencari Kebenaran di pusat peranginan kelab golf persendirian milik Donald Trump minggu hadapan, lapor The Guardian.

Persidangan yang bakal berlangsung selama dua hari bermula Khamis itu dipercayai turut menampilkan beberapa individu anti-vaksin dan ahi teori konspirasi.

Terdahulu, warga Jerman yang menetap di Switzerland itu mendakwa klorin dioksida berpotensi menjadi penawar kanser, influenza dan autisme. Penceramah berkenaan dilaporkan memasarkan bahan kimia toksik di bawah jenama ‘CDS’ yang didakwa mampu membasmi kuman serta boleh menghapuskan patogen yang menyebabkan penyakit.

Lelaki berkenaan turut mendakwa perkara tersebut merupakan penemuan perubatan terbesar dalam 100 tahun kebelakang.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan kerajaan Amerika Syarikat dan Sepanyol telah menyelar produk tersebut sebagai satu penipuan.

Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) turut mengeluarkan amaran penggunaan produk tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius sehingga mengancam nyawa. Antara perkara lain termasuk dehidrasi, cirit-birit dan kecederaan buah pinggang.

Sejak Trump kembali meneraju pentadbiran Amerika Syarikat pada Januari, barisan pentadbirannya dipercayai telah mula menyelia penapisan maklumat kerajaan berkenaan sains. Malah, beberapa laman sesawang kesihatan awam dan pangkalan data milik persekutuan ditutup.

Laman sesawang FDA yang menjelaskan tentang kegunaan klorin dioksida sebagai peluntur dalam industri rawatan air dan mendatangkan bahaya terhadap nyawa turut diturunkan.

Walau bagaimanapun, siaran media yang meuar-uarkan pengumuman FDA pada 2019 masih boleh didapati di laman sesawang tersebut.

“Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan memberi amaran kepada pengguna agar tidak membeli atau meminum produk yang dijual dalam talian sebagai rawatan kesihatan berikutan peningkatan laporan beberapa isu kesihatan baru-baru ini. Produk klorin dioksida mampu menjadi peluntur berbahaya jika dicampurkan. Ia boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius dan mampu mengancam nyawa,” maklum FDA menerusi siaran media tersebut.

Sumber: The Guardian

BACA: Kluster ILI Dikesan Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan Daerah Kuala Muda – KKM

BACA: Indonesia Tahan 68 Migran Rohingya & Bangladesh Di Dumai, Rancang Guna Laluan Laut Ke Malaysia